Featured By: Maya Basir May 10, 2023 @ 12:13am

Masih Pegang Pesanan Arwah Isteri, Shuib Minta Restu Anak-Anak Kahwin Dengan Watie – “Dia Adalah Orang Terakhir Saya Tunggu…”

Pelawak dan usahawan, Shuib memaklumkan telah mendapatkan persetujuan anak-anak sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah pada Jun ini.

Menurut Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 39, dia berniat untuk tidak berkahwin atau terus menduda sekiranya tidak memikirkan tentang anak-anak.

Malah, dia masih ingat pesanan arwah Siti Sarah untuk menjaga dan memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.

“Perkahwinan ini berbalik kepada niat. Saya niat untuk anak-anak dan keluarga sebab memikul tanggungjawab sebagai bapa bukan mudah.

“Saya tahu tugas bapa ini berat dan anak-anak saya masih kecil. Perkara ini tidak mudah bagi saya dan saya memilih untuk anak, kalau saya pilih diri sendiri, saya akan membujang.

“Saya ada tanggungjawab besar sebab arwah Siti Sarah Raissuddin mahu saya membesarkan anak-anak dengan cara dan jalan paling baik. Saya perlukan seseorang untuk bersama saya,” katanya.

Shuib ditemui semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri FYP Media dan Indigital Music di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, hari ini.

Sementara itu, Shuib memberitahu persetujuan daripada Uwais Alqarni, 12, paling diambil kira kerana anak sulungnya itu sudah mula faham tentang pelbagai perkara.

“Walaupun anak-anak masih kecil, mereka cepat menjadi dewasa dengan keadaan yang dilalui sebelum ini.

“Apa yang saya nak buat sekali pun saya akan berbincang dengan anak-anak. Paling penting Uwais sebab dia dah berusia 12 tahun dan makin dewasa.

“Dia adalah orang terakhir yang saya tunggu untuk kata setuju. Sampailah dia bersetuju barulah saya kata ini adalah masanya,” ujarnya.

Sabtu lalu, Shuib telah mengikat tali pertunangan dengan Watie atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dan memilih 23 Jun depan untuk bernikah.

Untuk rekod, Shuib telah kehilangan isteri, Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun lima bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Hanya Tukar Nama Bukan Matlamat – Dj Dave

Saya harap ia tidak dipolitikkan, matlamat yayasan ini masih sama iaitu melakukan kebajikan dan membantu golongan artis tanah air.

Trending Thu, 27 Feb 2020

Ibu Ashraf Sinclair Akan Menetap Di Indonesia Bersama Bunga Dan Noah?

Semoga urusan keluarga Sinclair dipermudahkan

Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Ada Orang Tanya Kenapa Perut Besar’- Shila Amzah Jawab Soalan Netizen

Shila Amzah memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan bayi lelakinya.

Trending Wed, 7 Mar 2018

流浪汉「超励志爱情故事」别再自暴自弃了!

爱情总是发生得又快又急,让你还来不及顾及对方的现实因素,就已经被名为「爱情」的龙捲风给捲了进去。而在我们羡慕那些梦幻到不行的童话故事前,这样的爱情也降临在作家Emmy Abrahamson和Vic Kocula身上。

Hiburan Sat, 18 Nov 2023

Nabila Razali Selamat Bergelar Isteri Nik Iruwan

Tahniah Nabila Razali & Nik Iruwan!

Featured Thu, 18 Mar 2021
Featured Wed, 21 Apr 2021

‘Selamat Hari Jadi, Dr Noor Hisham’ !

Sempena ulang tahun Tan Sri Datuk Sri Noor Hisham Abdullah yang ke 58, orang ramai hari ini membanjiri ruangan komen di laman Facebook beliau. Meninjau di laman Facebook, rata rata orang ramai mendoakan agar Dr […]