Hiburan By: Padin July 3, 2024 @ 10:41am

Mengaku Tak Bersalah Kes Khalwat, Ruhainies & Aliff Aziz Mohon Dibicarakan

Pelakon sensasi, Ruhainies dan Aliff Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat pada 9 Mac lalu.

Diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani, Ruhainies dan Aliff membuat pengakuan tidak bersalah ketika tuduhan dibaca di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di hadapan hakim, Abu Suffian Abu Yaziz, sebentar tadi.

Pendakwaan pula dibuat oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) iaitu Mohd Nahar Mohamad dan Masroha Duki.

“Kes ini disebut pada 20 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah, tiada sebarang pengakuan dan tangguhan sudah dibuat dan dilepaskan dengan bon jaminan sebanyak RM1,500 dan seorang penjamin,” kata Masroha ketika di dalam dewan bicara.

Aliff selepas pertuduhan dibaca berkata dia mengaku tidak bersalah.

“Saya mengaku tidak bersalah,” kata penyanyi lagu Sayang Sayang itu.

Ruhainies turut membuat pengakuan yang sama.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata aktres Hello Mr. Perfect itu.

Prosiding akan diteruskan dengan perbicaraan dengan kehadiran saksi daripada pihak tertuduh.

Mahkamah menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh seterusnya dan bon jaminan dilanjutkan sehingga tarikh tersebut.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat mereka yang dilapor berlaku di sebuah kondominium mewah di sini, pada 9 Mac lalu.

Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies masing-masing dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang, pada hari sama.

Sebelum ini, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Mar 2022

“Sha Masih Belum Sembuh..” – Shila Amzah Mohon Diberi Ruang

Kita terus mendoakan yang baik-baik saja ya.. ❤️

Hiburan Sat, 1 Jan 2022

Heliza Helmi Sah Bergelar Isteri Datuk Seri

Penyanyi dan pengacara Heliza Helmi, 36, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Melangsungkan pernikahan pada jam 11.11 pagi tadi, Heliza sah menjadi suri hati kepada Mahadi dengan sekali lafaz di […]

Hiburan Sun, 12 May 2019

Sebab ‘Sesungguhnya 2019’, Alif Satar Terkejut Tengok Jumlah Subscribers Di Youtube!

Terbaiklah Alif & kumpulan Raihan, syukur Alhamdulillah!

Featured Wed, 21 Sep 2022

Susulan Isu Saman, Caprice Nekad Bagi Kereta Kepada Follower Secara Percuma

Kenapa pulak ni tiba-tiba Cap nak bagi kereta free?

Featured Wed, 5 Jul 2023

[VIDEO] Jaga Kakak OKU, Sisi Berbeza Watie Raih Pujian Warganet – “Tak Salah Shuib Pilih”

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah sering mendapat perhatian serta tak lari dari kecaman sejak namanya mula dikenali ramai. Terbaharu, tular di laman media sosial TikTok mengenai sisi lain Watie yang ramai tidak tahu. […]

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

#ASK2018: Terima Kasih Da’I Hamidah Atas Tajuk ‘Luar Biasa’

Tahniah buat semua team produksi Suhan Movie atas kemenangan besar malam tadi!