Mengaku Trauma Bercinta… Sophia Albarakbah Suka Lelaki Jujur, Tak Curang

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah berkongsi antara ciri-ciri lelaki idaman yang mahu dimilikinya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Sophia berkata dia menyukai lelaki yang kelakar namun lebih mengutamakan jejaka tersebut untuk bersikap jujur dan tidak curang dalam suatu perhubungan itu.

Bukan itu sahaja, aktres filem Saka Perawan ini turut berkata dia mengimpikan lelaki yang bertanggungjawab dalam segala aspek, tidak baran, berusaha untuk memperbaiki dirinya, serta tidak lari daripada masalah.

“Saya suka lelaki kelakar, tapi lagi suka kalau dia bukan penipu, tak curang.. Melindungi dan ikhlas menyayangi saya, bijak, matang, bertanggungjawab, memahami, tak baran, cakap lembut, romantik, menyokong dan mempertahankan saya,” katanya.

Sophia berkata demikian bagi menjawab persoalan netizen berdasarkan pautan Ask Me A Question di IG.

Sementara itu, dalam hantaran lain Sophia bagaimanapun mengakui trauma untuk bercinta lagi.

“Saya trauma, biarkan saya sendiri. Bye,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Sophia ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem Saka Perawan bersama peminat berkata dia tidak selesa untuk memberi kenyataan berkait aktor sensasi, Aliff Aziz.

Sekitar Februari tahun lalu, nama selebriti ini hangat menjadi sebutan selepas aktres Bella Astillah mendakwa bahawa Sophia mengganggu rumah tangganya dengan sering menghubungi bekas suaminya, Aliff Aziz.

Filem Saka Perawan kini sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam.

Selain Sophia, filem seram komedi arahan Ahmad Idham ini turut menampilkan pelakon berkaliber Afieq Shazwan, Fauziah Nawi, Isyariana, Nelissa Nizam dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: Tak Selesa Beri Kenyataan Isu Aliff Aziz, Sophia Albarakbah Jarang Baca Gosip Hiburan

Artikel Berkaitan: Label Aktres Acah ‘Bidadari’… Sarah Yasmine Minta Sophia Albarakbah Henti Putar Belit Cerita – “Sekarang Ni Dua-Dua Nak Jadi Penipu!”

Aqilah Paharuzi