Hiburan By: Salma Syahbuddin January 9, 2018 @ 10:59am

MEREKA SEMEMANGNYA BERBAKAT, JANGAN PANDANG RENDAH – MONOLOQUE

Penyanyi Kumpulan Butterfingers, Loque atau sekarang ini lebih dikenali sebagai Monoloque mengakui dan kagum dengan bakat yang ditunjukkan oleh penyanyi busker terutamanya di Malaysia pada hari ini. Bagi Monoloque, bakat yang ada pada diri mereka itu seharusnya diketengahkan dalam industri muzik tanah air. Justeru, beliau meminta agar pihak yang terlibat memberi peluang kepada pemuzik jalanan atau lebih friendly dipanggil ‘busker’.

 

“Secara realiti, saya lihat ramai pemuzik busker tempatan yang berbakat  ada di negara ini. Cuma karya mereka ini kurang diketengahkan kepada tempat yang betul menyebabkan orang sukar mengetahui muzik yang ingin mereka perjuangkan. Jika diberi peluang yang sewajarnya, mereka mampu untuk bersaing dengan artis-artis yang berada dalam industri.”

Menurut Monoloque juga, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi pengarah muzik dalam filem Busker ini, sekaligus menyumbang sesuatu terhadap kemajuan pemuzik busker tempatan. Bagi Monoloque juga, selain mengarah muzik dalam filem Busker, beliau juga turut berlakon dan itu merupakan salah satu pengalaman yang baru bagi dirinya.

Selain Monoloque, filem Busker ini turut dibintangi oleh Hafeez, Daiyan Trisha, Lia Natalia, Anas Ridzuan dan ramai lagi. Manakala, Man Bai, Elizabeth Tan, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge) dan Altimet antara barisan artis yang akan menyerikan lagi filem Busker ini. 

Filem Busker ini bakal menemui peminatnya pada 11 Januari 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Featured Wed, 18 Oct 2023

Lirik Lagu Nur Nilam Sari Ditukar Kepada Pinjam Seratus, M. Nasir Tak Ada Masalah

Terbaiklah Datuk M.Nasir! Pinjam seratus sat🤞🤞🤞

Hiburan Thu, 25 Aug 2022

“Kenapa Nak Sorok?” – Tunggu Waktu Sesuai, Mira Filzah Tiada Masalah Kongsi Wajah Anak

Wah, tak lama lagi dapat lah tengok muka baby boy Mira Filzah.

Featured Fri, 28 Jul 2023
Hiburan Thu, 21 Nov 2019

Ziela Jalil Kahwin Eizlan Yusof?

Kalau betul apa salahnya…

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Hiburan Sun, 24 Dec 2023
Featured Fri, 29 Sep 2023
Featured Sat, 9 Apr 2022

Akibat Tempeleng Chris Rock, Will Smith Dilarang Sertai Anugerah Oscars Selama 10 Tahun

Will Smith juga tidak dibenarkan untuk hadir ke mana-mana program dianjurkan lembaga akademi