Featured By: Salma Syahbuddin June 28, 2024 @ 1:10pm

“Munafik Sejati, Menafikan Fakta” – Hafidz Roshdi

Bagaikan tidak berkesudahan, pelakon Hafidz Roshdi sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian berkenaan, Hafidz dilihat memuji lirik lagu yang seakan-akan menggambarkan perasaannya pada ketika ini.

“Sedap lagu ni. Tipu dalam senyuman, spin cerita tiada benar dalam nyataan… Munafik sejati, menafikan fakta,” tulisnya.

Manakala, hantaran tersebut juga turut disertai dengan hashtag, #KakiSpin dan #KakiPusing.

Sebelum ini, Hafidz menolak dakwaan yang dibuat oleh bekas isterinya iaitu, Nurul Shuhada Mat Sukri mengenai pemberian nafkah dan tanggungjawabnya terhadap  anak-anak.

Selain itu, Hafidz turut menafikan bahawa hashtag Janda Pemfitnah dan Janda Penipu yang ditulis olehnya di media sosial sebelum ini ditujukan kepada Shuhada.

Terdahulu, isu rumah tangga Hafidz dan Shuhada kembali hangat diperkatakan selepas bekas isterinya itu memuat naik beberapa tangkap layar perbualan lucah antara aktor berkenaan dan penyondol menerusi laman sosial media miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi Gelar Bekas Isteri ‘Janda Penipu’, Siap Minta Tunjuk Bukti Sahih Sebarkan Dokumen Mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Mesej Lucah Selesai, Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada Sepakat Berhenti Sebar Aib Di Media Sosial

ARTIKEL BERKAITAN:”Saya Mohon Semua Netizen Tolong Pergi Azan Dekat Telinga Dia” – Digelar ‘Janda Pemfitnah’, Nurul Shuhada Tampil Bidas Kenyataan Hafidz Roshdi

ARTIKEL BERKAITAN:”M*in Dengan Siap Buka Lagu Bruno Mars” – Nurul Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Rakam Video S*ks?

ARTIKEL BERKAITAN:Nurul Shuhada Dedah Mesej L*cah Hafidz Roshdi & Pelakor Berbual Topik Panc*t? – “Nak Buktikan Dia Mampu Puaskan Si Polan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 8 Oct 2020
Hiburan Sun, 11 Jun 2023
Featured Tue, 7 Mar 2023
Trending Mon, 15 Jun 2020

Golongan Ibu Positif Covid-19 Boleh Teruskan Penyusuan

Ini mungkin maklumat yang bagus untuk anda!

Hiburan Sat, 8 Apr 2023
Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Wed, 17 May 2023
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

《国民女神》特别企划全面招募中!打造 POTV大马国民女神

POTV《国民女神》特别企划全面招募中!寻找自信和魅力的你,展现最真实的一面。