Nabila Huda Bawa Watak Penyondol, Tak Ada Masalah Menangis Depan Kamera

Pelakon versatil, Nabila Huda mengakui tidak mudah untuk membawakan watak penyondol menerusi drama lakonannya terbaharu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkongsi salah satu babak dalam drama tersebut memaparkan reaksi wajahnya ketika berjumpa dengan penyondol.

Kata aktres drama rantaian popular Lelaki Itu ini, tidak mudah untuk dirinya membuat reaksi muka senyum geram apabila bertemu empat mata dengan penyondol itu.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Abil sempat mengusik dengan mengatakan dia pandai menangis depan kamera.

“Ni scene bila penyondol berjumpa dengan penyondol. Tak mudah eh nak buat senyum geram.. Lenguh mulut kita awak, tapi menangis depan kamera senang pula ek,” tulisnya.

Kenyataan Abil itu telah mencuit ramai rakan selebriti dan warganet terhibur dengan kenyataannya yang dipercayai mengusik aktres sensasi, Ruhainies selepas dia mengakui tidak pandai berlakon menangis depan kamera dan wartawan.

Sebelum ini, bekas isteri aktor Aliff Aziz, Bella Astillah turut berkongsi video memaparkan dirinya menangis dipercayai respons ‘sinis’ terhadap kenyataan Ruhainies itu.

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Muat Naik Video Bukti Pandai Menangis Depan Kamera, Komen Puteri Sarah Raih Perhatian – “Awak Guna Eye Mo Ke Original?”

Artikel Berkaitan: Dikecam Datang Mahkamah Seiring Sejalan Bersama Aliff Aziz Dengan Wajah Ceria, Ruhainies Tak Pandai Berlakon – “Takkan Saya Nak Menangis Pula?”

Aqilah Paharuzi