Netizen Puji Radio Fly FM Tak Main Lagu Bruno Mars, Boikot Konsert Selebriti Hollywood Pro-Isra*l

Radio terkenal Media Prima Audio, Fly FM menjadi sebutan ramai di media sosial apabila netizen menyokong tindakan mereka yang tidak memainkan lagu-lagu penyanyi terkenal Hollywood, Bruno Mars.

Umum mengetahui, Bruno Mars bakal mengadakan konsert pada September ini, namun begitu ramai netizen sepakat untuk memboikot selebriti ini gara-gara dia seorang pro-Israel.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fly FM memuat naik video penyampai radio mereka mengulas mengenai isu berkenaan.

@flyfm

This is why we should boycott Bruno Mars from performing in KL and not be lalang by only supporting causes when they benefit us. More than 40,000 Palestinians have lost their lives due to this genocide. Surely, we can’t remain neutral on this matter? #alleyesonrafah #freepalestine

♬ Thats what i like – ⭐️

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Fly FM untuk tidak memainkan lagu Bruno Mars sebagai tanda memboikot konsert tersebut.

“I love the fact yang radio berbahasa inggeris lain sibuk pasang lagu Bruno dan promote konsert dia tapi Fly FM ambil pendekatan berbeza dan paling loud menunjukkan sokongan kepada Palestine! Thanks Fly FM,” tulis seorang pengguna di TikTok.

Konsert itu dijangka bakal berlangsung pada 17 September depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebelum ini, tular paparan berita daripada The Times Of Israel dengan tajuknya ‘Pop superstar Bruno Mars declares his love for Tel Aviv in first-ever Israel show’ yang telah mencetuskan kemarahan warganet.

Berdasarkan artikel tersebut, Bruno Mars dikatakan menunjukkan tanda sokongan secara terbuka kepada Israel dengan mengakui mencintakan Tel Aviv ketika menyanyikan salah satu lagu popularnya.

Tindakan pelantun lagu popular Versace On The Floor itu didakwa seolah-olah ‘buta’ dengan kezaliman genosid yang dilakukan oleh zionis itu.

Artikel Berkaitam: Muat Naik Foto Produk Solekan Yang Didakwa Pro-Israel, Ameera Khan Kena Kecam Netizen

Aqilah Paharuzi