Pelakon jelita, Nora Danish seakan memberi bayangan bahawa dia kini sudah mengenakan hijab.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nora atau nama penuhnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 42, memuat naik hantaran berupa fotonya mengenakan hijab berwarna hitam dan memakai hoodie berona kelabu.

Malah, sebelum ini Nora juga dilihat lebih selesa berkongsi fotonya menutup bahagian kepalanya.

Meskipun menutup ruangan balas pada hantaran tersebut, namun rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat aktres ini menerusi komen yang ditinggalkan pada pautan foto tular berkenaan.

Salma Syahbuddin