Nur Fazura Lebih Selesa Tak Kongsi Hal Rumah Tangga Di Media Sosial – “Fattah Ada Di Rumah, Kami Nak Jaga Privasi”

Spekulasi rumah tangga pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin yang didakwa bermasalah sebelum ini akhirnya terjawab.

Dakwaan tersebut mula tercetus selepas ada segelintir netizen mempersoalkan mengapa Fazura dan Fattah jarang kelihatan bersama.

Tampil menepis sebarang kontroversi, aktres drama rantaian popular Lelaki Itu ini berkata mereka suami isteri lebih selesa untuk menyimpan hal rumah tangga secara peribadi.

Dalam pada itu, Fazura turut menyatakan dia kini mahu memberi tumpuan lebih kepada isu Palestin yang sehingga kini masih direjim Israel.

“Ada di rumah. Kami lebih memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi kepada umum. Eyes on Rafah,” katanya.

Fazura berkata demikian menerusi ruangan komen yang menjawab soalan netizen bertanyakan mengenai keberadaan aktor filem Mat Kilau itu.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Fazura kerap berkongsi mengenai doa dan keadaan rakyat Palestin, selain turut meluahkan rasa duka terhadap tragedi menggores hati itu.

Artikel Berkaitan: “Kena Terima Kalau Itu Yang Allah Nak” – Tak Pernah Ulas Isu Penyondol Dengan Suami, Fazura Harap Perkahwinan Bahagia Dunia Akhirat

Artikel Berkaitan: Skrip Fazura ‘Perampas Tetap Isteri Yang Sah’ Dalam ‘Lelaki Itu’ Curi Tumpuan, Netizen Berseloroh: “Makin Semangat Penyondol”

Aqilah Paharuzi