Pelawak Dan Isteri Direman Dua Hari Sebar Maklumat Dalaman Polis

Pelawak berusia 38 tahun serta isterinya direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, pasangan itu di tahan di Balai Polis Seksyen 9 pada Isnin selain telefon bimbit kedua-duanya turut dirampas.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan turut mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Terdahulu, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit.

 

Sumber: Berita Harian

Salma Syahbuddin