Peminat Neelofa & Che Ta Berbalah Isu Inai – “Takkan Nampak Hebat Jatuhkan Orang Lain”

Umum sedia maklum, dua selebriti hebat tanah air Neelofa dan Rozita Che Wan (Che Ta) sedang giat mempromosikan jenama inai mereka yang kini mendapat sambutan luar biasa daripada penggunanya.

Namun begitu, tinjauan di ruangan media sosial mendapati ada segelintir pengguna yang membuat perbandingan mengenai kualiti kedua-dua inai berkenaan.

Sahabat baik Neelofa dan Che Ta, usahawan Anas Zahrin tampil memberi nasihat kepada semua peminat dua selebriti ini berkenaan rezeki yang tertulis oleh Yang Maha Esa.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, Anas yang juga rakan perniagaan inai Che Ta menyifatkan inai keluaran dua selebriti ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

Mengulas lebih lanjut, Anas berkata setiap individu tidak perlu berasa hebat apabila bergelumang dengan perasaan dengki dalam hati dengan niat ingin menjatuhkan orang lain.

Tambahnya, pintu rezeki untuk semua pihak telahpun tertulis.

“Kalau nak cari inai konsep dark brown boleh cari inai dari Neelofa dan kalau nak cari inai warna dark maroon oren boleh cari inai Che Ta.

“Setiap orang ada cita rasa masing-masing, dalam dunia ini ada 1001 pintu rezeki yang mana kita boleh berbagi dan berkongsi rezeki pun.

“Takkan nampak hebat pun kita dengan jatuhkan orang lain. Rezeki Allah sangat luas, Rezeki Allah ada untuk mereka yang berusaha.

“Rezeki Allah tidak pernah salah alamat. Jangan kita dok gaduh itu ini,” tulisnya.

Aqilah Paharuzi