Categories: HiburanTrending

“Pihak Sana Berdegil & Ego Tinggi” – Dah Beri Peluang Berbincang, Bekas PA Aliff Syukri Bakal Berdepan Hukuman Penjara?

Sebelum ini, media melaporkan bahawa usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur apabila kebenaran menyebelahinya susulan kes fitnah bersama bekas pekerjanya yang dikenali sebagai Melati.

Artikel Berkaitan: “Selepas Hampir 5 Tahun, Dia Disabitkan Bersalah” – Difitnah Bekas PA, Aliff Syukri Menang Kes

Terbaharu, menerusi perkongsiannya di Instagram, Aliff menyatakan dia telah memberi peluang kepada Melati untuk berbincang dan membuat permohonan maaf namun diendahkannya.

“Saya dah bagi peluang untuk berbincang, saya dah bagi masa untuk permohonan maaf. Tapi pihak di sana terus berdegil dan ego tinggi. Sekarang baru sedar langit tinggi atau rendah,” katanya.

Dalam pada itu, dia menyatakan bahawa bekas pekerjanya itu baru merasa menyesal apabila bakal dikenakan hukuman penjara.

“Masa tabur fitnah menjaja cerita saya time tu tak ingat Allah, skrg dah nak masuk tirai besi baru ingat tuhan. Ingat pada si pelaku. Tuhan tak pernah tidur. Alhamdulillah kebenaran bersama orang orang yang teraniaya,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: Isu Didakwa Beri Kenyataan Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta Oleh Bekas Menteri

Artikel Berkaitan: “Kepada Anda Semua April Fool! Lagu Raya Saya Tahun Ni Tak Ada Pun” – Aliff Syukri

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Bengang Pengasas Tudung Acah Alim & Kaya Hutang Berjuta – “Janji Setahun Tapi Dah Masuk 4 Tahun Tak Bayar”

Atiqah Johari

Recent Posts