Produk Isterix Nilofa Dikritik, Dakwa Guna Gambar Promosi ‘Soft P*rn’… Imej Berpurdah Neelofa Dipertikai

Nama pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa hangat menjadi sebutan di media sosial selepas tular foto-foto promosi produk kesihatan dalaman wanita yang didakwa berunsurkan ‘soft porn’.

Menerusi muat naik di Instagram Nilofa Group, selebriti berkenaan giat mempromosikan produk yang dikenali sebagai Isterix iaitu minuman kesihatan berunsurkan herba.

Ramai dalam kalangan netizen seakan kurang senang melihat foto-foto iklan yang digunakan dalam produk berkenaan.

Malah, netizen mengkritik cara promosi air minuman itu seolah-olah mempunyai makna tersirat dan berbaur lucah.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa mengatakan iklan tersebut tidak sesuai dengan penampilan Neelofa yang berhijab dan berpurdah.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Neelofa berhubung isu tular berkenaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Perkongsian Ibu Neelofa Cetus Tanda Tanya, Buat Ramai Berteka-Teki – “Ada Wedding Ke?” 

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Pakai Gaun Merah & Terbelah Hingga Peha, Penampilan Ameera Khan Curi Perhatian, Netizen Komen: “Neelofa Tak Marah Ke?”

Aqilah Paharuzi