Hiburan By: Padin May 29, 2024 @ 9:00pm

Ramayan Meneroka Keindahan & Kedalaman Jiwa Dalam Single ‘Samudera’

Kumpulan muzik psychedelic tempatan, Ramayan sekali lagi mewarnai arena muzik tempatan dengan pelancaran single terbaru mereka yang berjudul Samudera.

Single ini merupakan satu ‘pemanasan’, sebelum pelancaran album penuh terbaru mereka yang dinamakan ‘Ini Adalah Ujian Transmisi’.

Samudera muncul sebagai titik pertemuan kedua selepas single pertama mereka, ‘DENDANG!’ yang telah menerima sambutan yang menggalakkan dari para peminat muzik tempatan sejak pelancarannya pada Disember tahun lalu.

Dalam rentetan kisah cinta dan karya seni, lagu ini diilhamkan oleh Pi’e, sebagai satu surat penghargaan kepada isterinya.

Marine, nama isteri Pi’e, merujuk kepada lautan, sesuatu yang disampaikan dengan penggunaan perkataan bahasa Sanskrit tersebut, yang pada dasarnya adalah salah satu asal usul bahasa Melayu.

Menurut Pi’e yang mewakili ahli kumpulan lain, mereka mahu membawa pendengar ke dalam sebuah kisah tentang penghargaan yang mendalam terhadap kebesaran hati seorang wanita, lebih-lebih lagi seorang isteri ataupun ibu yang sebesar lautan itu sendiri.

“Meskipun awalnya dianggap sebagai trek bonus dalam album kerana keunikan bunyinya yang berbeza daripada yang lain, Samudera akhirnya mengambil tempat terhormatnya dalam senarai lagu utama.

“Disebabkan kedalaman emosi yang terkandung dalam melodi dan lirik lagu ini, kami percaya bahawa lagu ini wajib menjadi salah satu lagu utama dalam album ini. Lagu ini dengan sendirinya mempunyai sifat yang menenangkan dengan iramanya yang sayu dan sepoi-sepoi.

“Dari segi susunan muzik, kami telah berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang menekankan unsur-unsur tersebut dalam lagu ini. Disebabkan rentak dan iramanya yang ala 70-an, lagu ini seolah-olah sesuatu yang biasa kita dengari, yang mungkin memberi perasaan nostalgia kepada pendengar.

“Namun tidak ada satu lagu pun di Malaysia yang sepertinya. Di situ juga salah satu keunikan lagu ini, pada pendapat kami,” katanya.

Ramayan tidak hanya ingin menghibur, tetapi juga ingin membawa pendengar melalui sebuah perjalanan spiritual yang mendalam melalui Samudera.

Dengan kehadiran lagu ini di semua platform streaming digital, dipersembahkan bersama visualizer yang menawan di YouTube, Ramayan mengundang pendengar untuk merenung, menyerah, bersyukur dan rendah diri apabila menghadapi kebesaran alam.

Walaupun pada luarannya lagu ini merupai sebuah lagu cinta terhadap kekasih hati, tetapi di dalamnya juga terdapat sebuah lagu cinta kepada Sang Pencipta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

Mawi Cadang Jual Tiket Filem ‘Tiada Tajuk’ RM1?

Jom ke pawagam berhampiran bermula 4 April ini! Manalah tahu kan dapat peluang beli tiket dengan harga RM1 je.

Trending Tue, 11 Sep 2018

搭飞机千万别睡觉!CNN调查:每50人就有1人遇见真爱

大部分人一坐上飞机,不是看电影就是蒙头大睡,最好一路睡到目的地,但你知道吗,这一睡可能让你因此错失交朋友、找到新客户,甚至更惨的,错过遇见真爱的机会!

Featured Sun, 10 Oct 2021

“Kalau Betul Saya Kahwin, Beritahu Isteri Saya, Tolong Balik Rumah” – Fikry Ibrahim

Pelakon kacak yang popular menerusi drama Ayahanda, Fikry Ibrahim menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya telah berkahwin secara senyap-senyap. Menurut Fikry, dia lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya dan keluarganya. “Kalau betul saya kahwin, […]

Featured Thu, 18 Feb 2021
Featured Sat, 31 Dec 2022

Maryam Durian Kimchi Menari Bersama Nenek, Netizen Tertarik Foto Makkah Di Dinding – “Legend Betul Frame Gambar Tu”

Pempengaruh Maryam Younarae yang terkenal dengan telatah lucunya menari bersama nenek semasa di Korea sebelum pulang ke Malaysia. @uyounikBefore go back to Malaysia buat memories dengan nenek❤️♬ original sound – eric4fuksakes Menerusi hantaran di laman […]