Ratu Balqis Selamat Akhiri Zaman Janda, Netizen Komen: “Moga Suami Kali Ini Dapat Jaga Dia Dengan Baik”

Bekas peserta program Mentor Milenia 2017, Ratu Balqis mencuri perhatian selepas sepotong video pendek tular di platform TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Balqis kelihatan sedang ditata rias oleh juru solek yang dikenali sebagai Noya Nawi sebelum majlis akad nikah bermula.

Dalam hantaran sama, Balqis juga kelihatan anggun dalam persalinan serba putih.

“Thank you Aqish for having me,” tulisnya pada skrin video berkenaan.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons pada hantaran berkenaan.

Bahkan, ramai yang mendoakan agar penyanyi itu menemui kebahagiaan untuk perkahwinan keduanya ini.

“Tahniah Balqis! Semoga perkahwinan kali kedua ini berkekalan. Bekas suami dulu anak orang kaya Kemaman, tapi tak ada jodoh.

“Semoga Allah memberikan yang sebaik-baik kebahagiaan pada Balqis. She deserves happiness.

“Tahniah Ratu Balqis.Cantik sangat pengantin. Moga bahagia,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 500,000 tontonan sejak ia dimuat naik.

Sekadar info, Ratu Balqis sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Hakimi Ikmal pada November 2017, bagaimanapun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Hamka Iman.

Salma Syahbuddin