“Rawatan Benang Tiada Tujuan Ubah Muka, Hanya Untuk Tambah Kolagen… Buat Kulit Jadi Tegang” – Sasha Abdul Aziz

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz dikritik gara-gara melakukan prosedur ‘tanam benang’ baru-baru ini.

Berdasarkan video di Instagram, Sasha berkata prosedur yang dilakukan menelan kos hampir RM8,000.

Jelasnya, rawatan tersebut tidak melibatkan pembedahan sebaliknya hanya menggunakan seutas benang yang diserapkan ke dalam kulit wajah dan akan hilang dalam masa setahun atau dua tahun.

Meskipun begitu, ramai dalam kalangan netizen yang mendakwa rawatan tersebur haram di sisi Islam selain turut mengkritik tindakannya itu.

Kekal tenang menghadapi kecaman netizen, Sasha memuat naik penjelasan diperoleh daripada laman web Dr. Zulfifli Mohamad Al-Bakri yang mengatakan prosedur tersebut adalah diharuskan sekiranya untuk menghilangkan aib kedutan di wajah.

Dalam masa yang sama, Sasha turut menegaskan rawatan tersebut adalah untuk menambah kolagen dan menegangkan kulit, bukan membuat perubahan wajah.

Artikel Berkaitan: #BabyXTRA: Trauma Bersalin Czer, Sasha Abdul Aziz Diserang Postpartum Depression! Pilih Berpantang Cara Tradiosional

Aqilah Paharuzi