Riena Diana Cabar Diri Berlakon Teater

Pelakon, Riena Diana meluahkan perasaan gementar namun dalam masa turut teruja apabila pertama kali bakal melebarkan bakatnya dalam pementasan teater.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Riena memuat naik tangkapan skrin memaparkan kumpulan WhatsApp bagi teater tersebut.

Kata aktres drama popular Wania Syurga ini, Riena mengambil keputusan untuk berlakon di pementasan teater kerana mahu mencabar dan memperbaiki dirinya.

“Bismillah, my first ever teater! Sejujurnya ada rasa takut, nervous, teruja tapi saya rasa perlu mencabar dan meningkatkan kualiti diri sendiri,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Riena dan aktor Keith Foo dilaporkan sedang hangat bercinta.

Terdahulu, dalam sebuah temu bual, pelakon drama Kampung People ini menyatakan hubungan cinta mereka mula berputik tanpa sengaja ketika menjalani sedi penggambarna bersama.

Artikel Berkaitan: “Muka Mengantuk Ke Tu Bang?” – Selfie Dengan Kekasih, Riena Diana Kongsi Keith Foo Hantar Ke Masjid Untuk Solat Raya

Artikel Berkaitan: Riena Diana Sedang Bahagia, Nafi ‘Sailang’ Keith Foo Daripada Tiz Zaqyah

Aqilah Paharuzi