Ruhainies Kongsi Quotes – “Never Wrestle With Pigs… You Both Get Dirty & The Pigs Like It”

Walaupun isu tular yang berlaku terhadap pelakon sensasi Ruhainies seakan sudah reda, aktres itu meluahkan perasaan apabila memuat naik quotes di Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Ruhainies berkongsi quotes mengenai b*bi.

“Never wrestle with pigs. You both get dirty and the pigs like it,” kongsinya.

Sebelum ini, Ruhainies turut berkongsi beberapa petikan Islamik mengenai Sabar.

Katanya, apa yang berlaku adalah sebagai petanda bahawa Allah SWT mahu dia lebih banyak bersabar dalam menghadapi ujian mendatang.

Selain, nekad untuk memberi pengajaran kepada mana-mana pihak yang menggunakan namanya sebagai bahan pelaris demi meraih pengikut yang ramai.

“I will make sure you will pay for it. Pengajaran untuk company lain juga yang tidak bertanggungjawab yang selama ini mereka cerita demi naikkan followers dan viewers.

“Saya sudah lama sangat berdiam. Kepada Instagram users yang dihormati, bijaklah menilai dan jangan cepat percaya apa yang dipaparkan di media sosial. Fitnah dah jadi kebiasaan untuk mereka ini. Dunia ni dah terlalu tenat,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ruhainies Bengang Kad Jemputan Palsu Majlis Pertunangan Dengan Aliff Aziz Tular – “Saya Tak Halalkan”

ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Kerap Difitnah, Ruhainies Nekad Beri Pengajaran Pada Pihak Tidak Bertanggungjawab… Siap Kongsi Petikan Islamik Mengenai ‘Sabar’

ARTIKEL BERKAITAN:Bon Jaminan Dilanjutkan, Aliff Aziz, Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Syariah

Salma Syahbuddin