Categories: HiburanTrending

Rupanya Suami Baharu Jadi Dalang Penculikan Anak Sendiri? ‘Khilaf Yang Tertulis’ Makin Hangat!

Drama bersiri Khilaf Yang Tertulis yang sedang hangat bersiaran semakin mendapat tempat di hati peminat!

Kesungguhan Nordin (Fadlan Hazim) mencari Yana (Puteri Balqis) dan Rizal (Danish Hazriq) membuatkan Amir (Ashraf Muslim) akhirnya percaya yang Nordin benar-benar ikhlas menyayangi anak saudaranya itu.

Amir meminta maaf kerana selama ini menuduh Nordin sembarangan. Namun pada masa yang sama, Misha (Fasha Sandha) terdengar perbualan Nordin bersama seseorang di telefon yang menyatakan mereka harus berhati-hati.

Jangan lupa saksikan Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Pada awalnya, Misha yakin dan percaya kepada suami baharunya, namun dia mula meragui apabila terdengar perbualan suaminya yang mencurigakan. Sejak dari itu Misha menjadi pendiam dan jarang bercakap dengannya. Bila ditanya, Misha hanya memaklumkan bahawa dia bimbang akan anak-anaknya.

@dramasangat

Air muka Nordin terus berubah eh! ▶️ #KhilafYangTertulis -> Isnin-Khamis -> 10 malam di Tv3! Korang boleh strim episod baharu #KhilafYangTertulis 24 jam lebih awal di Tonton! Lakonan : @fashasandha sebagai Misha @fadlanhazim sebagai Nordin @ashrafmuslim sebagai Amir @chacha_maembong sebagai Sofia @zamarulhisham93 sebagai Firdaus @morosechild sebagai Yana @danishhazriq sebagai Rizal @raff_que_iskandar sebagai Aman Dan ramai lagi! Terbitan : @saphirescreen @hasnizanordin Arahan : @khanmancung @rizabaharudin Penulis Skrip : @rozierashid69 @elninodemoona #KhilafYangTertulis #DramaSangat #tv3malaysia

♬ original sound – dramasangat

Misha bertambah trauma, takut kehilangan lagi apabila mengetahui Nordin keluar berdua dengan Aman, anak bongsu Misha (Rafique Iskandar) tanpa pengetahuannya. Ketika Aman dan Nordin pulang dari beraktiviti riadah diluar, Misha berlari mendapatkan Aman lantas merentap dengan kuat tangan anaknya.

Misha memberi amaran keras kepada Nordin supaya tidak mengapa-apakan anaknya dan mendesak Nordin supaya berterus terang adakah dia yang bersubahat dengan penculik itu. Nordin terkejut dan cuba menjelaskan apa yang berlaku, bagaimanapun Misha tetap tidak percaya sehinggalah Aman, anaknya menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

“Nordin! Lepas! Lepas anak aku! Lepas! Kau pergi dari sini sebelum aku report polis!. Keluar dari sini! Aku tahu kau berpakat dengan penculik tu untuk culik anak aku kan?!” kata Misha .

Keesokan harinya, Misha dan Nordin mengambil Aman di sekolah. Tanpa diduga mereka diserang oleh sekumpulan penculik yang menaiki sebuah van putih. Penculik itu berusaha merampas Aman dari pelukan Nordin.

@dramasangat

Malam ni hari pertama CINTA ? ▶️ #KhilafYangTertulis -> Isnin-Khamis -> 10 malam di Tv3! Korang boleh strim episod baharu #KhilafYangTertulis 24 jam lebih awal di Tonton! Lakonan : @fashasandha sebagai Misha @fadlanhazim sebagai Nordin @ashrafmuslim sebagai Amir @chacha_maembong sebagai Sofia @zamarulhisham93 sebagai Firdaus @morosechild sebagai Yana @danishhazriq sebagai Rizal @raff_que_iskandar sebagai Aman Dan ramai lagi! Terbitan : @saphirescreen @hasnizanordin Arahan : @khanmancung @rizabaharudin Penulis Skrip : @rozierashid69 @elninodemoona #KhilafYangTertulis #DramaSangat #tv3malaysia

♬ original sound – dramasangat

Namun, selepas kejadian pergelutan Nordin berjaya menyelamatkan Aman sehingga mengakibatkannya tercedera. Susulan kejadian itu, Nordin berhasil membuat orang sekeliling percaya terhadapnya yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan Aman sehingga menimbulkan rasa bersalah dan menyesal kepada Misha ekoran menuduh suaminya adalah dalang penculikan itu.

Berjayakah Nordin mempengaruhi orang sekeliling untuk terus mempercayainya walhal dia adalah dalang dalam penculikan itu? Sampai manakah Misya akan terus mempercayai suaminya?

Jangan ketinggalan untuk menonton Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda malam ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Padin