Categories: HiburanTrending

Sambut Raya Aidil Adha Bersama, Foto Puteri Sarah & Bella Astillah Curi Perhatian – “Sama-Sama Kita Nikmati Perjalanannya”

Pelakon jelita Puteri Sarah Liyana telah memuat naik foto mesranya menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama aktres, Bella Astillah.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Sarah menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Umum tahu, Sarah dan Bella melalui kisah kemelut rumah tangga yang sama gara-gara kehadiran orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

Malah, hubungan mereka dilihat semakin rapat apabila Sarah dan Bella saling memberikan semangat antara satu sama lain sepanjang menghadapi dugaan rumah tangga.

“Sama-sama kita nikmati perjalanannya,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan kecekalan Sarah dan Bella yang turut kuat untuk meneruskan kehidupan demi anak-anak.

Terdahulu, Bella telah disahkan bercerai dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, pada 13 Jun lalu buat kali kedua selepas lapan tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4.

Manakala, Sarah pula telah bercerai dengan pengarah terkenal Syamsul Yusof pada 14 Jun 2023 selepas sembilan tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka juga telah dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 7 dan Sumayah, 5.

 

Fatin Nurain