“Saya Perlu Positif Demi Anak-Anak & Pekerja” – Azharina Sahkan Hidap Kanser

Penyanyi yang popular menerusi lagu Elergi Sepi, Azharina Azhar mendedahkan dia menghidap kanser dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, dia masih belum dapat berkongsi dengan lebih lajut mengenai penyakitnya itu memandangkan dia perlu menjalani beberapa lagi pemeriksaaan lanjut.

Ketika ditemui XTRA, Azharina berkata, dia sepatutnya menjalani dua pembedahan besar, namun memilih untuk menagguhkannya kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

“Saya sepatutnya menjalani dua pembedahan besar, namun memilih untuk menangguhkannya bagi menyempurnakan beberapa tugasan yang belum selesai.

“Pembedahan itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan kerana saya suka makan.

“Saya kena ubah cara makan, ramai artis yang buat pembedahan bariatrik dan ia memang membantu mereka,.

“Satu lagi pembedahan melibtakan kanser yang masih belum dikenal pasti,” ulasnya.

Mengakui memerlukan masa yang cukup untuk membuat persediaan sebelum melakukan pembedahan, Azharina bagaimanpun mahu kekal positif demi anak-anak dan pekerja.

Baginya, apa pun yang berlaku hidup perlu diteruskan.

“Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah saya akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.

“Tapi saya selalu positif demi anak-anak dan pekerja kerana apa pun hidup perlu diteruskan. Dan,s aya perlu tempuh juga ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” kongsinya.

Terdahulu, Azharina ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul, Realiti duet bersama Koze yang berlangsung di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Salma Syahbuddin