Selebriti By: Atiqah Johari April 3, 2024 @ 9:13pm

“Dia Turut Curang Dengan Adik Saya Sendiri” – Simpan Semua Bukti, Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali

Pelakon Bella Astillah mendedahkan bahawa suaminya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz telah berlaku curang sebanyak 11 kali terhadapnya.

Pendedahan itu dibuat ketika Bella ditemui XTRA pada majlis iftar yang diadakan di K Town Barbeque, Radia Tower, Bukit Jelutong pada petang Rabu.

“Korang cakap Aliff curang empat, lima, enam kali… to be honest, for the first time saya keluarkan benda ni, Aliff dah curang 11 kali dengan bukti. Aliff tahu benda ni.

“Saya semenjak Aliff kena tangkap kes khalwat saya tak ada bagi apa apa statement sebab saya sendiri pun terkejut walaupun ada yang fitnah cakap saya yang perangkap. Korang rasa saya ada energy tu ke?,” dedahnya.

Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan Bella turut mendedahkan bahawa Aliff pernah berlaku curang dengan adik kandungnya sendiri iaitu Eriqa Astillah.

“Saya sebenarnya ada tiga adik beradik perempuan. So, Aliff curang dengan adik saya, Eriqa Astillah. Yang ramai cari dekat TikTok, yang ramai cari dekat Instagram.

“Punyalah saya sayang dekat Aliff, saya buang keluarga sendiri. Allahuakbar,” dedahnya sambil menangis teresak-esak.

Bella juga sempat menzahirkan rasa kecewa dengan keluarga mentuanya kerana berpaling daripadanya.

“Saya terpaksa sebab orang yang saya sanjung seperti keluarga mentua. Ramai tahu macam mana saya menyanjungi mereka. Saya cakap saya bertuah dapat keluarga mentua yang baik, tak sangka berpaling daripada saya,” luahnya lagi.

Artikel Berkaitan: Tular Mesej & Foto Mesra, Bella Astillah Didakwa Bercinta Dengan Muaz Zabir Sejak Oktober Lalu?

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Aliff Aziz ‘Dalang’ Sebar Aib Bella Astillah? – “Boleh Nampak Dari Skrin Telefon Tu”

Artikel Berkaitan: Plot Twist…. Didakwa Curang Dengan Muaz Zabir, Sebenarnya Bella Astillah Cuma Mahu Buat Aliff Aziz Cemburu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2024

Dina Nadzir Tak Setuju Segelintir Selebriti Guna Isu Kesihatan Mental Bagi Tujuan Lain 

Tak baik tau guna isu kesihatan mental semata nak promosi sesuatu benda

Featured Thu, 11 Nov 2021

“Tak Tahulah Pula Ada Sampai Termuntah Darah…” – Terima Pujian & Kritikan, Kekasih Hati Mr Bodyguard Akan Ada Sambungan?

Drama bersiri popular Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose yang telah berakhir pada minggu lalu mendapat sambutan hangat orang ramai. Namun, terdapat ramai juga netizen yang memberikan komen negatif berhubung drama […]

Featured Fri, 3 Sep 2021
Featured Tue, 8 Nov 2022
Hiburan Mon, 30 Sep 2019
Hiburan Sun, 24 Mar 2019

‘Lapor Terus Jika Ternampak’- Ahmad Idham Beri Amaran

Beliau juga akui tidak teragak-agak menggunakan kapasiti sebagai CEO untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terbabit dalam aktiviti berkaitan.

Featured Thu, 4 Nov 2021

Suami Tidak Tahu Isteri Tidur Dengan Bosnya Agar Dinaikkan Pangkat

Seorang wanita mendedahkan rahsia bahawa suaminya sering dinaikkan pangkat kerana wanita itu mempunyai hubungat sulit dengan seorang ketua di syarikat tempat lelaki itu bekerja. Menurut laporan The Sun, wanita itu membuat perkongsian di akaun Twitter, […]

Featured Thu, 3 Nov 2022
Trending Tue, 15 Dec 2020

Senarai Penuh 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 35

Tahniah kepada 12 finalis AJL35!