Categories: SelebritiTrending

“Muka Mengantuk Ke Tu Bang?” – Selfie Dengan Kekasih, Riena Diana Kongsi Keith Foo Hantar Ke Masjid Untuk Solat Raya

Sebelum ini, pelakon Riena Diana mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Keith Foo.

Terbaharu, menerusi hantaran Instagram Storiesnya (IGS), Riena berkongsi sekeping swafoto bersama kekasihnya itu di dalam kereta.

Kongsi Riena, dia berterima kasih kepada pelakon itu kerana sudi mengambil dan menghantarnya ke masjid bagi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Adha pada Isnin.

“Thanks for picking me up & hantar me to masjid this morning.

“Muka ngantuk ke tu bang?,” tulisnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun begitu, pada hantaran lain, Riena memaklumkan bahawa dia tidak sempat menunaikan solat sunat Aidil Adha kerana dia terlambat.

“Last sekali tak sempat sebab i terlambat,” katanya lagi.

Terdahulu, dalam sebuah temu bual, pelakon drama Kampung People ini menyatakan hubungan cinta mereka berputik tanpa sengaja ketika menjalani sesi penggambaran bersama.

Artikel Berkaitan: Riena Diana Sedang Bahagia, Nafi ‘Sailang’ Keith Foo Daripada Tiz Zaqyah

Artikel Berkaitan: Riena Diana Temui Bahagia Bersama Keith Foo – “Hubungan Kami Berputik Tanpa Sengaja”

Atiqah Johari