Selebriti By: Atiqah Johari May 20, 2024 @ 6:27pm

Rita Rudaini Tegur Influencer Buat ‘Challenge’ Tempatkan Lelaki, Perempuan Dalam Satu Rumah – “Teladan Celah Mana? Nak Tiru Barat, Sedar Diri Dik”

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh Youtube membuat ‘challenge’ yang menempatkan seramai 77 orang peserta lelaki dan wanita dalam sebuah rumah yang sama menerima kritikan.

Malah, pelakon Rita Rudaini juga dilihat lantang bersuara mengenai tindakan pempengaruh tersebut menerusi hantaran Instagram Storiesnya (IGS).

Kata Rita, untuk menjadi seorang pempengaruh perlulah bijak malah dia juga mempersoal tindakan ibu bapa yang mengizinkan anak mereka menyertai program sedemikian.

“Buat program nak tiru barat… sedar diri sikit dik… dorang bukan Islam tak apalah duduk satu rumah… yang mak bapak ponnnnnnnn… hantar anak kat program macam tu… apa ada dalam kepala otak depa noh?

“’Teladan’ celah mana? Nak jadi ‘influencer’ pun kena cerdik… nak jadi mak bapak pun kena cerdik… bukan senang oii nak jadi mak bapak.

“Patut makin canggih teknologi dengan media sosial bagai, patut makin cerdik dan makin majulah… ni dah serupa orang zaman paleolitik dah dalam rumah tu… batak FAME!,” tulisnya.

Rita Rudaini

Untuk info, program yang diberi nama Hero Teladan itu merupakan sebuah program cabaran yang mana peserta ditempatkan dalam sebuah rumah yang dipenuhi kamera untuk mengawasi peserta selama 77 hari.

Tambah, bagi peserta yang mampu untuk bertahan akan memenangi sejumlah wang sebanyak RM40,000.

Artikel Berkaitan: “Masa Zaman Vaksin, Sis Dah Pernah Lalui Fasa Tak Ada Kerja” – Rita Rudaini Pesan Selebriti Jangan Takut Hilang Rezeki

Artikel Berkaitan: “Leave Us Alone! Kami Sudah Bahagia Dengan Nikmat-Nya” – Rita Rudaini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Bakal Melahirkan Bayi Kedua, Dayah Bakar Mohon Doa Urusan Dipermudahkan

Semoga dipermudahkan urusan bersalin Dayah Bakar

Trending Sat, 14 Jul 2018

Takziah! Perodua Langgar Lori Ragut Tiga Nyawa

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, Lobpithai Lee Sern Koung, 25, Tan Hock Lai, 24, maut di tempat kejadian maut di tempat kejadian, manakala Ong Cheng Lian, 23, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Taiping.

Featured Sat, 26 Feb 2022
Hiburan Mon, 22 Jan 2024
Trending Thu, 27 Aug 2020

Tidak Perlu Catat Dan Simpan Suhu Badan

Ingat, jangan malas patuh SOP!

Hiburan Tue, 2 May 2023