Selebriti By: Atiqah Johari June 2, 2024 @ 8:30am

Terkenang Kisah Silam, Haneesya Hanee Akui Trauma Dengan Babak Mabuk & Masuk Kelab Malam – “Saya Terus Menggigil”

Pelakon Haneesya Hanee mendedahkan bahawa dia menggigil selepas membaca skrip drama ‘Aku Bukan Ustazah’ yang sedang ditayangkan di slot Akasia di TV3.

Menerusi temu bual bersama XTRA, Haneesya yang memegang watak sebagai Sally berkata, dia akan menangis selepas menjayakan babak mabuk dan berada di kelab malam kerana trauma mengingati kisah silamnya.

“Watak jahat ni sebenarnya senang. Saya dapat skrip lambat pada mulanya dan tak sempat baca habis. Selepas buat beberapa episod awal, saya dah rasa macam berbelah bahagi nak atau tak nak buat sebab banyak babak memerlukan saya mabuk dan berada di kelab malam.

“Bagi saya kalau satu babak boleh bertoleransi kalau banyak tak boleh. Saya dah menangis-nangis dah. Habis berlakon babak mabuk, saya terus akan menggigil dan pergi ke tandas,” dedahnya.

Ulas lanjut, Haneesya memberitahu dia sedar nama dan imejnya sudah lama terjejas berikutan insiden yang berlaku selepas menjuarai program Dewi Remaja edisi 18/19.

“Saya sedar imej saya memang dah buruk. Saya sedikit trauma dengan netizen. Saya tak boleh jangka komen netizen selepas insiden itu. Memang sebagai pelakon saya kena kental, tapi ada kalanya cuba mereka duduk di tempat saya.

“Betapa susahnya nak hadap semua ini. Tipulah kalau saya kata komen mereka tak meninggalkan kesan terhadap saya. Apatah lagi, bila drama ini keluar. Orang akan kata ‘ehh ni bukan budak dewi…memang sesuailah dia pegang watak macam ni’ Saya takut dan tak sanggup hadap kecaman seperti itu,” katanya.

Disoal mengenai pendedahannya dalam sebuah sesi podcast baru-baru ini, Haneesya memaklumkan bahawa ibunya terpaksa menggadai barang kemas susulan dia tidak mempunyai ‘job’ hampir setahun.

“Apa yang dalam podcast itu benar. Saya tiada job setahun. Sejak dewi dah kurang job walaupun selepas itu saya menang Artis Baharu Popular di ABPBH 32.

“Mungkin mereka ingat saya ‘demand’. Saya juga pernah dapat tawaran watak utama, tapi cerita itu tak naik,” ujarnya lagi.

Haneesya ditemui di majlis sambutan Ulang Tahun TV3 yang ke-40 bertempat di Muzium Telekom, Kuala Lumpur, hari ini.

Jangan lupa saksikan drama bersiri lakonan Haneesya, Aku Bukan Ustazah yang sedang hangat bersiaran di slot Akasia TV3.

Orang ramai boleh menonton drama Aku Bukan Ustazah menerusi slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat, 7 malam atau strim di aplikasi Tonton.

Artikel Berkaitan: Haneesya Hanee Akui Ibu Punca Diri Terus Kuat – “Perjalanan Hidup Dia Jauh Lebih Dahsyat”

Artikel Berkaitan: Haneesya Hanee Akui Watak Sally ‘Triggered’ Trauma Kontroversi Lalu, Sebak Lakonan Dihargai – “Saya Dah Nak Give Up Sebenarnya…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Wed, 11 May 2022

“360 Dia Ubah Saya…” – Rosnah Mat Aris Bahagia Kahwin Lelaki Muda

Semoga rumahtangga Kak Ros terus bahagia selamanya…

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Shiha Kecil Hati PIPIYAMA Dikritik Pendengar Malaysia?

Hurm…bila agaknya netizen dekat Malaysia ni nak berhenti buli siber eh? Tak penat ke korang…

Featured Sun, 9 Jul 2023
Featured Sat, 11 Feb 2023
Selebriti Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Sun, 13 Jan 2019

Watak Antagonis Buat Ellyas Terkejut

Watak Johan boleh dikatakan mencabar kerana saya perlu melakukan aksi seperti menjerit dan menengking wanita walhal saya bukan begitu orangnya…