Categories: SelebritiTrending

“Tua-Tua Pun Bod*h!” – Shakilla Khoriri Kesal Dengan Sikap Perokok Suka Peluk Cium Anak Orang

Pelakon dan usahawan, Shakilla Khoriri meluahkan rasa kesal terhadap individu yang merokok.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories, dia memohon individu perokok untuk tidak sesuka hati memeluk dan mencium anak orang lain.

“Dear Smokers! Listen! Tak payah nak peluk cium anak orang sangat kalau awak satu badan termasuk mulut and nafas bau rokok.

“Especially anak yang both parents tak smoking atau vaping. Kalau awak ada anak and nak buat dekat anak-anak awak TERPULANG.

“Jangan buat semua tu dekat anak orang. Sebab anak-anak yang tak biasa bau atau hidup dalam asap rokok tu sangat sensitif ye. Boleh jadi sampai batuk and sakit tekak.

“Buat dekat anak sendiri. Baru ada akal bila anak awak sakit sebab benda bodo tu and baru awak tahu RASA dia. Apa lagi rasa orang yang tak sentuh tapi anak dapat dari orang lain!

“Nak mati atau sakit sebab benda alah tu lantak awak tapi jangan libat orang lain. Tua-tua pun bodo!,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: “Berani Tapi Bodoh” – Shakilla Khoriri Ajak Beberapa Individu Wanita & ‘Fake Account’ Bersemuka!

Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Syukur Dapat Hak Interim Penjagaan Anak – “I Would Do Anything For Her…”

Artikel Berkaitan: Ditanya Lama Tak ‘Update’ Tentang Anak, Ini Penjelasan Shakilla Khoriri – “Harap Ameena & Daddy Seronok Bersama”

Artikel Berkaitan: “Di Mata Anakmu, Andalah Yang Terbaik…” – Shakilla Khoriri

Atiqah Johari