Wany Hasrita Anggap Individu Samakan Wajah Anak Selebriti Dengan B*natang ‘Tak Sihat Mental

“Kita hanya anggap mereka tidak sihat dari segi mental.”

Demikian pendirian penyanyi, Wany Hasrita ketika ditanya mengenai segelintir individu tidak bertanggungjawab yang menyamakan wajah anak sesetengah selebriti dengan binatang.

Menurut pelantun lagu Menahan Rindu itu, ibu bapa hanya mahu berkongsi kegembiraan bersama anak di media sosial namun perlu ada hadnya.

“Kita cuma nak kongsikan kegembiraan kita pada orang, tetapi jangan melebih, itu sahaja. Kita tak boleh nak kawal apa yang mereka nak komen di media sosial.

“Tetapi kita masih boleh kawal perkongsian kita di khalayak umum dan kalau saya dapat mesej-mesej yang tidak baik mengenai anak, saya hanya menganggap mereka tidak sihat dari segi mental,” ujar Wany.

Dalam pada itu, Wany turut tidak menidakkan penyakit ain boleh berlaku sekiranya kita terlalu berkongsi perihal anak di media sosial.

“Kadang-kadang bila kita banyak sangat share pasal anak-anak, anak mula meragam tak henti-henti. Jadi, kita ambil langkah terbaik untuk tidak terlalu berkongsi mengenai mereka kepada umum,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi Ernie Zakri bertindak mengurangkan perkongsian wajah anaknya Nur Khawla Soleha selepas wajah anaknya itu menjadi bahan cacian sesetengah netizen di media sosial.

Lebih teruk, ada segelintir individu yang menyamakan wajah anaknya sama seperti b*natang.

Dhia Iwana