Pelakon Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya akhirnya selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 26 Jun 2024.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Amani, 38, berkongsi mengenai perkara itu apabila memuat naik fotonya bersama suami dan juga bayi lelaki mereka.
Bagaimanapun, wajah bayi yang diberi nama Ahmed Mohsein Ahmed Faris itu tidak didedahkan.
“Assalamualaikum, please meet our little one, Ahmed Mohsein Bin Ahmed Faris. Born on 26 June 2024,” kongsinya.
Dalam hantaran sama, Amani turut memaklumkan, bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat selain berterima kasih atas doa yang dititipkan peminat buat mereka.
“Alhamdulillah, mom and baby are doing well. Thank you for your prayers,” ulasnya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.
Sekadar info, Amani dan Ahmed Faris bertunang pada Jun 2021.
Dan pada 10 September 2022, pasangan ini selamat melangsungkan perkahwinan.
Pada majlis berkenaan, Amani menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Harap semuanya sudah jelas ya, tak ada lagi dakwaan yang bukan-bukan
Sedihnya dengar luahan hati CIk B
Siapakah gerangan pelawak itu🧐🧐🧐
"Jika nawaitu hanya untuk mengaibkan, dan cara ini membuat anda bahagia teruskanlah" - Ibu Aliff…
Haa, kan dah kena... berani ek main tuduh-tuduh😠😡
Wah, laju mata netizen ek😅 Tapi kalau betul pun apa salahnya... kita doakan yang baik-baik🥰