“Stay Strong Daddy” – Nora Danish Titip Ucapan, Bekas Suami Dimasukkan Ke ICU

Walaupun sah bercerai dengan talak satu pada 21 Jun lalu, namun hubungan baik antara pelakon Nora Danish dan bekas suaminya, Nedim Nazri masih baik.

Malah, menerusi perkongsian terkini di Instagram, Nedim atau nama penuhnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri, 41, ada berkongsi foto mengenai point of view (POV) dirinya yang sedang berada di hospital dan perlu di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, Nedim tidak berkongsi lanjut mengenai sakit yang dihidapinya.

“Dah 41 tahun dan sekarang saya berada di hospital (ICU),” tulisnya.

Sementara itu, pelakon yang popular menerusi siri sitkom popular, Puteri itu mencuri perhatian apabila memperlihatkan dirinya datang melawat bekas suaminya.

Malah, Nora turut memuat naik foto Nedim yang kelihatan terlantar di atas katil hospital beserta titipan kata semangat.

“Stay strong daddy,” ucapnya pada kapsyen berkenaan.

Terdahulu, Nora menerusi kenyataannya kepada media bertarikh 29 April memaklumkan, kemelut rumah tangga yang dibina sejak 7 tahun lebih itu tidak ada kena mengena dengan orang ketiga sebaliknya ia lebih kepada persefahaman masing-masing.

Malah, dia dan bekas suami sangat mementingkan keharmonian kedua belah pihak sekaligus enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan mereka kerana tidak mahu timbul sebarang teori negatif.

Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia 7 tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum sah bercerai pada 2008.

 ARTIKEL BERKAITAN:“Tiada Yang Berubah Cuma Dia Bukan Milikku”- Nedim Nazri

ARTIKEL BERKAITAN:Perkahwinan 7 Tahun Terlerai… Nora Danish, Nedim Nazri Sah Bercerai Talak 1

Salma Syahbuddin