Suami Lebih Suka Afifah Nasir Duduk Rumah, Tak Perlu Keluar Kerja

Pelakon, Afifah Nasir memaklumkan suaminya, Syed Hariz lebih menyukai sekiranya dia berada di rumah berbanding keluar bekerja.

Genap sebulan mendirikan rumah tangga, Afifah berkata suaminya akan memberikan pelbagai alasan setiap kali dia bercakap mengenai penggambaran.

Namun, Afifah atau nama lengkapnya Nur Afifah Nasir, 31, mengakui lebih suka untuk menjadi suri rumah.

“Hariz lebih suka saya duduk rumah I believe. Setiap kali cakap ada shooting macam-macam alasan dia bagi supaya saya tak perlu kerja.

“Sejujurnya, saya suka jadi suri rumah,” tulisnya ringkas.

Adik aktres Anzalna Nasir ini berkata demikian ketika menjawab soalan netizen yang bertanyakan mengenai kariernya selepas berkahwin menerusi pautan di Instagram Story (IGs).

Sekadar info, Afifah dan Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: Seronok Jadi Suri Rumah, Afifah Nasir Terkejut Pandai Memasak Lepas Kahwin – “Dia Macam Datang Sendiri”

Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Tunjuk Bukti, Segala Permintaan Untuk Majlis Perkahwinan Mudah Kecuali Undang Judika Menyanyi – “Dia Tak Dapat Datang Sebab…”

Aqilah Paharuzi