“Syabas Jadi B*ru*h Yang Tidak Dibayar”- Ibu Aliff Aziz

Ibu kepada penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz iaitu, Siti Hafiza Basharahil dilihat terus-menerus menerima kecaman menerusi hantaran mesej langsung (DM) di platform media sosialnya.

Terbaru, Hafiza sekali lagi berkongsi tangkap layar DM yang diterimanya dari seorang individu lelaki yang dikenali sebagai @azmilnassir.

Menerusi hantaran berkenaan, individu lelaki itu dilihat menggelar Hafiza dengan panggilan yang kurang sopan.

“Hidup lagi anak b*b* anj*ng ni…. Ingat mati dah. Makcik anak b*b* keturunan anj*ng bila nak mati?,” tulis individu berkenaan.

Meskipun menerima kata-kata cacian sejak kontroversi rumah tangga anaknya tular, Hafiza bagaimanapun tampil menegur tindakan individu tersebut.

Katanya, tindakan dan kata-kata kurang sopan yang ditujukan kepadanya sama sekali tidak berbaloi.

“Alhamdulillah, ini lah insan hebat. Syabas Tabarakallah menjadi b*ru*h yang tidak dibayar.

“Sangat-sangat tidak berbaloi ya anak,” ulasnya.

Dalam perkongsian lain, Hafiza turut memuat naik hantaran sama menerusi Instagramnya serta meninggalkan komen sarkastik terhadap individu berkenaan yang disifatkan tidak dapat menerima teguran yang diberikannya.

“As expected, boleh memberi tetapi tak boleh menerima? Masya-Allah ‘cybertroopers’ sekali lagi,” katanya.

Sebelum ini, Hafiza kembali aktif berkongsi hantaran di platform media sosialnya selepas kes rumah tangga Aliff Aziz menemui titik noktah.

Bahkan, dia juga kerap berkongsi tangkap layar mesej yang diterimanya tidak kiralah sama ada yang memuji mahupun yang mencacinya.

Salma Syahbuddin