“Tadi Dia Ada Bawah Hotel Saya” – Julang Isteri Di Media Sosial Tapi Dikatakan Masih Ganggu Ex Wife, Hana Azraa Dakwa PU Abu Gila Talak?

Meskipun sudah berpisah, bekas isteri PU Abu, Hana Azraa mendakwa pendakwah selebriti itu masih belum ‘move on’ kerana masih menganggunya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Hana mendakwa PU Abu sering menganggu dia dan keluarga, terutama ibunya untuk mengambil tahu tentang kehidupan Hana.

“Dia screenshot bos gambar i dengan… Then hantar dekat ibu saya. Dalam Instagram dia bukan main julang bidadari syurga dia. Tapi di kehidupan sebenar masih lagi kacau saya dan keluarga.

“Cukup-cukup ah ganggu mak saya. Rasanya dah bahagia sangat dah kan? Kenapa perlu lagi kacau mak saya?” dakwanya.

Susulan perkara itu, Hana juga tidak teragak-agak untuk mendedahkan perkara sebenar jika Abu tidak berhenti menganggunya.

Hana juga turut menggesa Abu untuk ‘move on’ kerana mereka sudah bercerai talak tiga.

Kemudian, di perkongsian Instagram Story yang lain, dia juga memberi pesanan buat isteri PU Abu iaitu Ain Afini untuk tidak membuka aib sesiapa jika tidak mahu aibnya dibuka.

“Jangan buka aib orang, takut terlondeh sendiri punya. Pesan juga dekat bidadari syurga dia tu. Jangan sampai saya bongkarkan rahsia untuk dua-dua ahli syurga ni,” ujarnya.

Difahamkan, Hana kini sedang mengerjakan ibadah umrah dan kebetulan Abu turut berada di sana.

Terdahulu, Abu dan Hana mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mateen pada 1 Februari 2020.

Pada April 2019, Abu menjadi perhatian netizen kerana berkahwin lain ketika Ain sarat hamil.

Hana dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain namun selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila bercerai talak kedua dan kemudiannya rujuk semula.

Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Menurut Abu, Ain kini sedang hamil anak ketiga.

Maya Basir