Hiburan By: SGMS Faida January 24, 2020 @ 5:58pm

Tak Takut Gemuk, Marsha Aruan Setuju Jadi Pengacara Program Makan

Selebriti cantik Marsha Aruan bakal mengacara program makan-makan tidak lama lagi.

Jika ada segelintir selebriti yang takut untuk membawa tanggungjawab berkenaan kerana mungkin takut naik berat badan, berlainan pula bagi Marsha.

“Teruja sangat, saya memang suka makan. Saya tak takut gemuk kerana saya aktif bersukan,” katanya kepada media Kompas.com.

Kata Marsha, dengan dirinya yang aktif bersukan dia tidak takut dengan masalah berat badan dan percaya dapat mengekalkan bentuk badan yang ideal.

“Tetapi buat masa ini saya masih sibuk dengan beberapa projek kejutan bulan depan. Belum ada kesempatan bersukan.

“Sejak kecil saya gemar membuat rakan-rakan terliur melihat saya menjamah makanan. 

“Saya suka bawa bekal ke sekolah. Bayangkan, kawan-kawan tidak ke kantin malah seronok (terliur) melihat saya makan,” kata pelakon filem Dread Out ini.

Terbaiklah Marsha, tak sabar nak tengok program itu nanti!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 15 Nov 2018
Hiburan Wed, 26 Sep 2018

WTF is on Neelofa’s Head?!

Is this the new fashion trend?

Featured Sat, 7 Jan 2023

Langgar Injuction Order, Puteri Sarah Bakal Saman Ira Kazar? – “Bolehlah I Saman RM10 Juta Pula Ya”

Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana mendakwa madunya, Ira Kazar melanggar perintah injuksi dan meghina mahkamah. Sarah telah berbincang bersama peguamnya dan memberi bayangan untuk menyaman RM10 juta terhadap individu terbabit. “Baru berbincang bersama peguam saya […]

Featured Thu, 20 Apr 2023
Featured Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Thu, 25 Jul 2019

‘Hormati Privasi Saya, Kekasih’- Syafiq Kyle

Kalau boleh, saya memilih untuk tidak mencampur adukkan hal peribadi dan kerjaya.

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Ikhwan Mengaku Rindu Nak Masuk Konti

Dalam perkembangan lain, Ikhwan kini aktif dalam bidang lakonan di mana dia sedang bersiap sedia untuk masuk ke set penggambaran sebuah drama.