Featured By: Dhia Iwana June 28, 2024 @ 12:44pm

Tebus Kekecewaan, Noraniza Idris Bangkit Dalam Konsert Qalam

Penyanyi popular yang terkenal dengan julukan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 56, bakal menebus kekecewaan apabila tampil menemui peminatnya dalam Konsert Qalam Noraniza Idris yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 September depan di Panggung Bangsawan, Melaka.

Kata Noraniza,  dia menyifatkan konsert Qalam ini sangat berbeza kerana ia bakal mengetengahkan konsep ‘konsert dalam pertandingan’ yang akan menghimpunkan kumpulan tarian etnik yang layak ke peringkat kebangsaan bagi mengiringi persembahannya.

Lebih menarik, koreografi bagi setiap persembahan untuk ketiga-tiga hari adalah berbeza kerana setiap persembahan akan diadili oleh juri pada malam konsert tersebut.

“Untuk Qalam Noraniza Idris, saya akan menghimpunkan lagu-lagu irama Malaysia termasuk genre etnik dan tradisional melayu. Tetapi apa yang berbeza dari konsert yang lain adalah saya tampilkan pendekatan baru dari segi koreografi persembahan.

“Sebabnya dalam 12 segmen, lapan segmen daripada persembahan saya dinamakan Kreatif Andani di mana ia akan diiringi peserta-peserta yang bertanding pada malam peringkat kebangsaan itu,” ulasnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Dikir Puteri mengakui, dia memikul tanggungjawab yang sangat besar bagi menaikkan muzik irama Malaysia selepas pemergian komposer terkenal, Allahyarham Pak Ngah.

“Saya rasa saya perlu buat sesuatu, irama Malaysia ini perlu ada penggerak yang berani ke depan. Sebelum ini kita ada Allahyarham Pak Ngah tetapi sekarang dia sudah tiada.

“Jadi siapa yang nak bangunkan muzik kita ini, tak kan kita nak menyerah begitu sahaja?

“Kalau ada orang lain yang boleh bawa irama Malaysia, saya sentiasa menyokong. Mungkin itu rezeki dia.

“Tetapi jika masih ada yang belum buat, mungkin masih ada harapan untuk saya lagi,”katanya.

Noraniza berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui XTRA pada sidang media Konsert Qalam Noraniza Idris yang berlangsung di Ideas Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, dia turut menyatakan hasratnya untuk meneruskan Konsert Malai Solo yang dibatalkan sejak dua tahun lalu.

“Sejujurnya saya masih berharap untuk realisasikan Konsert Malai Solo itu. Itu memang impian yang saya fikirkan sejak dulu lagi.

“Tetapi ia tak berjaya disebabkan dana yang tidak mencukupi dan nasib saya tak baik kene tipu dengan penaja-penaja. Mungkin belum rezeki saya di situ,” jelasnya.

Bagaimanapun, penyanyi ini bangkit menebus kekecewaanya dan ingin menjadikan konsert Qalam Noraniza Idris sebagai langkah besar untuk kembali semula dalam industri muzik tanah air.

Sekadar info, konsert Qalam Noraniza Idris ini akan dianjurkan oleh Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan kerjasama dari Jabatan Kesenian, Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket pada harga serendah RM 99 (Pakej Sawo matang), RM 149 (Pakej Ala Dondang), RM 199 (Pakej Masyhur) dan RM 249 (Pakej Seri Balas) di laman web www.ilassotickets.com bermula 27 Jun.

@xtra_my Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris bakal buat ‘konsert dalam pertandingan’ pada September depan. Bukan calang-calang Kak Ani kita🔥.. #fyp #xtramy #noranizaidris #iramamalaysia #beritaditiktok #sembangentertainment #konsert ♬ original sound – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Nov 2021

Rosakkan Pintu Van Dengan Kayu Besbol & Tumbuk Pemandu, Ammar Alfian Didenda RM3,500

Selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebuah van Pos Malaysia menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu pada April, pelakon Ammar Alfian didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam. Majistret S. Mageswary turut […]

Featured Tue, 10 May 2022
Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Bakal Tunai Umrah, Zamani Mahu Taja Pelajar Tahfiz

Semoga dipermudahkan urusan Zamani di sana, Insya Allah…

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!马德钟接下棒子,与张家辉与监制乐易玲和导演文伟鸿准时赴约。

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

Zara Zya Mahu Lagi…

Hebatlah ‘Inchess’ ni, cayalah!

Trending Wed, 18 Aug 2021