Hiburan By: SGMS Faida March 21, 2018 @ 2:59am

Tepis Dakwaan Rumah Tangga Goyah, Hanez Masih Bahagia

Pelakon yang pernah membintangi drama Autumn Di Hatiku, Hanez Suraya menafikan bahawa rumah tangganya kini sedang berdepan dengan masalah.

Menepis dakwaan khabar angin tentang bayangan rumah tangga dengan suaminya, Romie Razin Adilha Rais seolah-olah dilanda badai, Hanez meminta pihak luar tidak terus membuat andaian sendiri.

“ Susah untuk tutup mulut pihak luar, semua itu hanya andaian semata. Mereka memang boleh terus berteka-teki.

“ Dakwaan itu tidak benar! Saya baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga pada 14 Mac lalu,” katanya.

Disebabkan Hanez dilihat aktif berniaga termasuk menjual sambal bilis, pelakon berusia 33 tahun ini terus dikatakan tidak lagi bahagia. Ish, tak baik tau…

“ Sebagai wanita, kita perlu ada pendapatan sendiri. Mudah bagi kita untuk dapatkan apa yang diingini. Maklum saja, sebelum berkahwin, saya sudah biasa mempunyai pendapatan sendiri,” katanya.

Memetik laporan Hanez kepada BH Online, sebagai seorang anak sulung, Hanez masih mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.

” Walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri, tidak bermakna jasa ibu bapa boleh dilupa. Sebaliknya, inilah masa untuk saya balas jasa mereka,” katanya yang kini menjalankan perniagaan sambal bilis hasil air tangan ibunya, Fadilah Abd Malik.

Pasangan ini berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Puteri Aleesya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Sep 2019
Hiburan Mon, 29 Oct 2018

「歌坛玉女」尤雅《往事只能回味云顶演唱会》与您共度良宵

歌坛第一玉女——尤雅将于2018年11月17日(星期六)在云顶云星剧场开唱,为大马歌迷唱尽经典。

Cahaya Mata Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Lucu! Gelagat Ameena Kenakan Fizi Ali Undang Tawa – “Macam Itu Je Dia Gulakan Kita”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Fizi Ali yang memaparkan anak sulungnya, Ameena Sofia sedang merakam gambar penyampai radio itu, baru-baru ini. Menerusi hantaran yang berdurasi 23 saat itu, Fizi menyangka Ameena sedang merakam […]

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Zara Zya Akui Majlis Pernikahan Tidak Akan Berlangsung?

Kita doa yang baik-baik sahaja okay!

Featured Wed, 8 May 2024

Tubuh Faisal Halim Dibalut Seperti Mumia… Sempat Kirim Salam Pada Kawan-Kawan 

Moga FH dipermudahkan urusan dan kembali sihat seperti sediakala!💪💪💪

Hiburan Wed, 5 Jul 2023