Terpalit Dakwaan Sebar Maklumat Dalaman Polis, Mamat Sepah Mengaku Ditahan Reman – “Ya, Itu Saya & Isteri”

“Ya, itu saya,” demikian respons pelawak Mamat Sepah yang mengakui dia dan isteri, Nordiana Ibrahim ditahan reman pada Isnin lalu selepas didakwa menyebarkan maklumat dalaman berkaitan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

Memetik laporan mStar, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad dan isteri berkata memberi memberi kerjasama penuh ketika sesi soal siasat bersama polis.

“Ya memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular beberapa hari sebelum ini.

“Alhamdulilah keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan, malah saya berikan kerjasama penuh kepada pihak polis, tiada timbul sebarang isu atau masalah lain,” katanya.

Difahamkan, isteri pelawak yang merupakan seorang anggota polis ini dibebaskan selepa dua hari ditahan manakala Mamat pula pada petang Khamis, kedua-duanya melalui jaminan polis.

Bagaimanapun, Mamat enggan mengulas lebih lanjut berbubung dakwaan tersebut.

“Untuk perkara itu saya rasa lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia berkaitan undang-undang kan,” katanya.

Dalam pada itu, peguam mewakili pelawak itu, Muhammad Fadhli M. Sutris memaklumkan kes tersebut masih dalam siasatan polis.

“Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya, dan perkara ini akan dinilai untuk tindakan selanjutnya.

“Proses siasatan ini masih dijalankan jadi saya nak menasihatkan kepada semua jangan memberikan komen atau buat spekulasi yang boleh menganggu sıasatan polis,“ ujarnya.

Terdahulu, heboh di media sosial berkenaan seorang pelawak yang ditahan bersama isterinya bagi memberi kenyataan dalam kes penyebaran maklumat dalaman IPD Shah Alam di aplikasi Telegram.

Artikel Berkaitan: Shuib Harap Rakan Pelawak Direman Tabah Hadapi Ujian – “Saya Kenal Sangat Dia, Cuba Hubungi Tak Dapat”

Artikel Berkaitan: Pelawak Dan Isteri Direman Dua Hari Sebar Maklumat Dalaman Polis

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi