Uyaina Arshad Bersyukur Merasai Pengalaman Menyusu Badan Anak Kedua – “Nikmat Allah Yang Tak Semua Ibu Dapat..”

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa syukur apabila dapat merasai pengalaman dalam menyusu badan anak kedua.

Menerusi perkongsian di instagaram Story (IGs), Uyaina berkongsi semula pautan daripada portal Sirap Limau mengatakan menyusu badan mempunyai kesan seperti sakit belakang, bengkak susu dan penat mental.

Bersetuju dengan kenyataan tersebut, namun Uyaina turut menganggap menyusu badan anak adalah satu nikmat dari Allah SWT yang tidak semua golongan ibu dapat merasainya.

“Yes, but Alhamdulillah… Merasa breastfeed baby kali ini. Syukur.

“Actually, breastfeeding is such a huge blessing. Nikmat Allah yang mungkin tak semua ibu dapat rasa.

“Pengalaman saya masa Urhan dulu, dapat breastfeed dia kurang dari dua minggu sebab dia tongue-tie.

“Jadi bila anak kedua ni dapat menyusukan sepenuhnya saya rasa sangat-sangat bersyukur, Alhamdulillah,” katanya.

Sekadar info, Uyaina mendirikan rumah tangga bersama personaliti media sosial, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Raja Urhan, 2, dan anak kedua yang baru sahaja dilahirkan pada 17 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: “Tak Semua Ibu Diberi Rezeki Susukan Anak Mereka”- Uyaina Arshad Sebak, Kenang Anak Sempat Breastfeed 2 Minggu Akibat Masalah Tongue Tie

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bersalin Secara Pembedahan, Uyaina Arshad Terharu Raja Syahiran Siap Tampal ‘Sign’ Pada Kereta – “Sorry Slow, Wife Czer”

Artikel Berkaitan: “Boleh Pula Pergi Tanya ‘Who’s That?” – Uyaina Arshad Luah Kekecewaan

Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Syukur Tak Pernah Ada Mengidam, Raja Syahiran Pula Yang Terkesan – “Dia Sampai Tahap Merajuk”

Artikel Berkaitan: “Tak Semua Ibu Diberi Rezeki Susukan Anak Mereka”- Uyaina Arshad Sebak, Kenang Anak Sempat Breastfeed 2 Minggu Akibat Masalah Tongue Tie

Aqilah Paharuzi