Video Aisyah Aziz Pakai Turban, Baju Lengan Pendek Nampak Pusat Tular Semula… Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Kesal – “Terima Kasih Undang Cacian, Ingat Kami Di Padang Mahsyar”

Ibu pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza meluahkan rasa kesal apabila video lama anak perempuannya, Aisyah Aziz dikongsi semula di Instagram acara hiburan terkenal.

Video tersebut memaparkan Aisyah sedang menyanyikan lagu berjudul Pujaanku bersama kumpulan Masdo ketika dia belum menutup aurat sepenuhnya lagi.

Malah, video tersebut turut menunjukkan Aisyah memakai baju lengan pendek dan bertudung gaya turban namun sedikit singkat sehingga menampakkan pusatnya membuatkan segelintir netizen kurang senang.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story IGs), Hafiza atau lebih mesra disapa sebagai Fiza Aziz meluahkan rasa kesal terhadap akaun Instagram berkenaan yang didakwa sengaja mengundang kecaman kepada anaknya itu.

“Masya-Allah, tabarakallah..  Alhamdulillah kami ucapkan atas posting ini untuk mengundang kutukan dan cacaian.

“Ingatlah Allah ada dan jika nawaitu hanya untuk mengaibkan, dan cara ini membuat anda bahagia teruskanlah.

“Tapi ingat kami di padang mahsyar nanti ya,” tulisnya di Instagram Story (IGs).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan akaun Instagram pesta hiburan itu yang seakan tidak menjaga sensitiviti seorang wanita yang sudah menutup auratnya.

Sebelum ini, penampilan Aisyah mencuri perhatian selepas dia tampil mengenakan hijab dan memakai pakaian menutup aurat pada Disember tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Pilih Untuk ‘Stay’ Sebab Anak-Anak Sistah” – Didi Astillah Balas ‘Statement’ Aisyah Aziz, Dedah Kakak Dibuang Macam Sampah!

Artikel Berkaitan: Manis Berhijab, Penampilan Terkini Aisyah Aziz Raih Pujian – “Secantik Namanya!”

Aqilah Paharuzi