Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 30, 2024 @ 3:19pm

[VIDEO] Akui Ada Ramai Mengorat, Adira Suhaimi Usik Beli Cincin Nak Kahwin Baru… Datuk Red Pula Buat Aksi Cemburu

Hubungan penyanyi, Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red atau nama lengkapnya Datuk Seri Adnan Abu kelihatan sangat akrab meskipun sudah berpisah.

Menerusi sebuah video siaran langung di TikTok, Adira meminta Datuk Red untuk meneka apa yang dia lakukan ketika pergi ke kedai emas.

“Awak masuk kedai emas, awak duduk lepastu mereka akan bagi air kotak.. lepas tu dia suruh orang membeli.

“Awak nak cerita apa sebenarnya ni? Haa ni ada netizen tanya, ada orang mengorat ke?”,” soal Datuk Red.

Pelantun lagu popular Illusi ini menjawab dengan mengusik Datuk Red mengatakan ramai yang mengoratnya selepas kembali ‘solo’.

‘Tak, kalau cerita pasal mengorat… kat mana-mana ada, ramai je mengorat…,” usik Adira kepada Datuk Red yang membaling ‘earphone’ kepadanya seolah-olah menunjukkan tanda cemburu.

Adira lantas tidak dapat menahan diri daripada ketawa dek aksi spontan Datuk Red itu yang terus menunjukkan tanda merajuk dengan meninggalkan bekas isterinya mengendalikan live tersebut seorang diri.

“Baru nak cakap dah beli cincin emas nak kahwin lagi… Tak sempat dia dah lari.

“Tapi cerita dia saya kalau masuk kedai emas pantang kalau tak beli, itu je nak cerita.. saja nak dia suruh dia teka,” katanya.

@putehhhx

#adirasuhaimireal #adirasuhaimi #abgred #datored #datoredadira #datoredamiadira #abgredadira #adirasuhaimiami

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat Adira yang mengusik Datuk Red.

Dalam pada itu, ada pula netizen yang menanggap pelantun lagu Takdir Tercipta itu memberi ‘hint’ untuk mereka rujuk kembali.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red sah bercerai talak satu pada 23 April lalu.

Selepas 21 hari, Datuk Red dan kemudian berpisah dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan Datin Red.

Artikel Berkaitan: Dilihat Tenang Meski Berdepan Isu Rumah Tangga, Datuk Red Dedah Tidur Dalam Kereta Lepas Cerai – “Mereka Hanya Nampak Dari Segi Luaran”

Artikel Berkaitan: Sifatkan Datuk Red Lelaki Bertanggungjawab, Bekas Isteri Reda Berpisah Tanpa Sebarang Tuntutan – “Takpalah, Saya Cari Nafkah Sendiri”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Jun 2020
Trending Wed, 2 Oct 2019
Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Mon, 8 Jan 2024
Hiburan Fri, 14 Jul 2023

Doa Shikin Maembong Dimakbulkan, Cat Farish Tidak Rasa Kahwin Secara Terburu-Buru – “Nak Bercinta Berapa Lama Lagi?”

Perkara baik buat apa nak tangguh kan? Alhamdulilah tahniah Cat Farish & Shikin!

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Mira Filzah Mengaku Dah Bosan Dengan…

Sedia keluar dari zon selesa.

Events Fri, 6 Sep 2019

《八度空间嘉年华》节目表新鲜出炉!伴你度过美好的周末

《八度空间嘉年华》节目表新鲜出炉!约定你9月7日及8日,让一众艺人朋友伴你度过美好的周末,共庆中秋佳节庆团圆。