[VIDEO] Cik B Kesal Rakan Baik Curi Hoodie Balenciaga Cecah RM8,000

Anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa kesal terhadap rakannya yang kantoi mencuri pakaian berjenama mewah sehingga persahabatan antara mereka terputus angkara kejadian tersebut.

Menerusi temu bual bersama podcast Audio+, Cik B berkata dia sering mengajak rakannya itu untuk datang ke rumah di Ipoh, Perak.

“Saya ada seorang kawan, dia memang baik sangat..cara dia bercakap dan gayanya semua baik. Dia duduk di Kuala Lumpur tapi saya selalu ajak dia balik Ipoh, boleh lepak.

“Tapi satu hari saya rasa tak puas hati dengan dia, bila dengan dia saya rasa panas. Kemudian saya saja nak ‘prank’ dia. Saya mesej dia, ‘aku tahu kau buat apa, bagitahu apa yang kau buat’.

“Lepas itu dia balas, ‘saya minta maaf sebab mencuri hoodie Balenciaga, losyen..mencuri itu dan ini’.

“Jadi bila dia ada di rumah Cik B, dia mengambil barang yang saya sendiri tak perasan. Patut saya rasa tak sedap hati,” katanya.

Kata Cik B lagi, pakaian berjenama mewah yang dicuri oleh rakannya itu mencecag ribuan ringgit.

“Satu hoodie je dalam RM8,000. Saya ni kalau barang hilang saya tak perasan, kalau tak tanya dia saya akan ingat baju tu hilang dekat rumah je. Saya ingatkan dia hanya bercakap-cakap belakang, rupanya dia ambil barang saya.

“Sejak itu, kepercayaan saya dah tak ada sebab saya rasa hanya dia yang boleh jadi kawan saya tapi dia menggunakan saya,” katanya.

@buletin.tiktok

Replying to @buletin.tiktok 📽️🍉 Part 2. credit youtube Audio+ #fyp #berandafyp #bikinpanas #gosip #cikb

♬ Menyentuh Hati – Yuda pratama

Sebelum ini, Cik B bercerita mengenai kisah bapa kandungnya, Mohammad Amin Yasin yang menghilang sejak umurnya mencecah dua tahun sehingga membuatkan dirinya trauma dengan lelaki,

Artikel Berkaitan:

Aqilah Paharuzi