[VIDEO] Tak Rindu Bapa, Cik B Akui Trauma – “Bila Saya Dah Besar, Baru Nak Cari”

Anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV), Cik B mengakui trauma terhadap bapa kandungnya, Mohammad Amin Yasin yang dipercayai tidak menjalankan tanggungjawab sebagai orang tua sejak umurnya dua tahun.

Menerusi video di Instagram Media Prima Audio+, Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, mendedahkan dia tidak merindui bapanya itu.

“Saya tak bersama ayah sejak umur saya dua atau tiga tahun. Dia adalah hantar direct message (DM) dekat IG, tapi saya tak berhubung.

“Iya, memang dia tetap ayah saya tapi kami memang tak ada perbualan. Bila saya dah besar baru dia cari.

“Perasaan rindu tak ada, saya cuma rasa biasa saja. Saya trauma dengan dia (Ayah) dan lelaki,” katanya dalam video pendek temu bual podcasts bersama Audio+.

Sementara itu, Cik B turut menyifatkan ibunya, DSV sebagai individu penting dalam kehidupannya yang telah dianggap ayah, kakak dan kawan baik.

“Mama ni dia pegang tanggungjawab ayah dalam keluarga saya. Jadi mama adalah saya punya ayah, kakak, dan kawan baik.

“Memang saya anggap mak saya tu ayah saya,” katanya.

Artikel Berkaitan: Hadiahkan Kek Sempena Hari Bapa, Ucapan Cik B Untuk DSV Buat Ramai Tersentuh – “Mama Ayah, Ibu, Kakak & Bestie”

Artikel Berkaitan: Cik B Beli Kereta Harga RM1.7 Juta, Netizen Berseloroh: “Mantap! Moga Pandai Guna Signal Okay”

Aqilah Paharuzi