Drama By: Salma Syahbuddin August 17, 2022 @ 3:13pm

Zul Ariffin Undur Diri Berlakon Drama

Pelakon Zul Ariffin memaklumkan akan mengundurkan diri daripada terbabit dalam penggambaran drama televisyen.

Menurutnya, dia sudah letih dengan sikap segelintir pihak yang memandang remeh terhadap pelakon yang terlibat dalam penggambaran drama apatah lagi ada yang melabel dirinya itu sudah cukup eksklusif.

Namun, bagi pelakon berusia 39 tahun ini, eksklusif itu memberi makna yang subjektif buat dirinya.

“Kalau nak kata eksklusif ia subjektif pada saya. Saya rasa macam berhak untuk meletakkan diri di tempat yang saya nak. Kebanyakan filem saya orang suka, sokongan itu penting dan orang ‘demand’. Apabila kita tengok diberikan maklum balas sebegitu, rasa macam kena buat lagi. Bagi saya ia menarik,” katanya.

Sedar dimana dia bermula, Zul bagaimanapun kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menganggap drama itu sebagai platform untuk mengasah bakat atau ‘acting school’ pelakon.

“Saya suka drama dan saya bermula dengan itu, cuma letih dengan orang memandang remeh bila ‘shoot’ drama. Contohnya, drama bukan tempat ‘acting school’.

“Asah bakat betul-betul, masuk betul-betul sebab bila buat drama kita ada tanggungjawab, kita nak dapatkan sambutan, kita usaha yang terbaik, dapatkan ‘rating’ kepada stesen TV, penerbit bagi kerja, kita patut bagi sesuatu kepada mereka,” jelasnya.

Baginya, sebagai seorang aktor ataupun aktres, seseorang itu perlu ada sasaran dalam kerjaya yang diceburi dan perlu berusaha lebih baik untuk mencapai apa yang diidamkan.

“Bukan nak kata ego, bangga dan sebagainya tetapi kena ada sasaranlah. Saya menyasarkan diri daripada pelakon tambahan nak jadi pelakon pembantu kemudian teringin nak jadi hero tapi bukan terima bodoh macam tu saja. Mungkin saya kena buat macam ini, itu dan lain-lain.

“Kalau itu era Datuk Aaron Aziz dan Farid Kamil, mesti kita kata filem besar. Bila dapat tahu bayaran mereka, saya telan air liur, banyaknya gaji mereka jauh beza dengan saya. Tapi, saya tak cemburu dan saya pun nak macam tu juga. Jadi, saya usahalah ke arah itu dan saya hargai perjalanan itu,” katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Nampak Cara Tu Macam Dah Kahwin…” – Aksi Mesra Ruhainies Dan Zul Ariffin Tular, Netizen Dakwa Dah Kahwin Senyap-Senyap

ARTIKEL BERKAITAN:Sekian Lama Berdiam Diri, Siti Hariesa Tampil Jawab Isu Babak Intim Bersama Zul Ariffin – “Saya Tidak Menyesal Kerana..”

ARTIKEL BERKAITAN:Gimik Tampil Zul Ariffin Dalam Video Malam Berinai: “Ibaratnya Kalau Sudah Ada Anjali, Kenalah Ada Rahul” – Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Adegan Melampau Zul Ariffin & Siti Hariesa, Ini Respon Menteri Hal Ehwal Agama – “Jika Ia Mencemarkan Fitrah, Saya Tidak Boleh Biar”

 

Sumber: Rotikaya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

SOFI JIKAN TAK MAHU PANJANG CERITA

Sofi enggan mengulas lanjut berhubung laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu apabila mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut apabila meletakkan dadah dalam minumannya.

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

陶晶莹直呼:演唱会前有彩蛋!新歌单追加7首曲目宠粉

出道29年的陶晶莹(陶子)来马来西亚举办大型售票「陶晶莹的1999年演唱会」,消息公开后再加上她本人亲自来马宣传为演唱会「助攻」,粉丝狂扫票。

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Perjuang Bahasa Kelabit, Alena Murang Tampil Dengan Midang-Midang

Ini salah satu usaha saya dalam mengekalkan untuk didengari oleh generasi akan datang…

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Big Hit Entertainment Has Started Suing BTS’ Haters

When Big Hit Entertainment said they will start suing, they weren’t joking

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Peluk Cium Anggota Boyband BLUE, Kilafairy Sedia Di Kecam

Hurmmm, korang bacalah okay artikel ni. Min pun starstruck jugak!

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

#tontonRaisha2 : Mawar Rashid Tak Berhenti Berlakon Selagi…

Dalam pada itu, Mawar juga bersedia untuk membawakan watak jahat dengan syarat tiada adegan sentuhan.