Categories: FeaturedTrending

Dr Zulkifli Bakri Nafi Terlibat Promosi Produk Kesihatan & Pelaburan

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuat naik sebuah kenyataan mengenai dakwaan dirinya terlibat dalam mempromosikan produk kesihatan atau pelaburan.

Beliau memuat naik kenyataan tersebut menerusi hantaran di Instagram Storiesnya (IGS) dengan menafikan segala tuduhan itu.

“Pihak Pejabat Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ingin menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang promosi produk kesihatan atau pelaburan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa video dan audio yang mirip dengan suaranya itu adalah suntingan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Malah, beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak terpedaya dengan video tersebut.

“Video yang sedang tular lengkap dengan audio yang mirip suara beliau adalah dijana menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

“Oleh itu, kami menasihatkan semua pihak untuk tidak terpedaya dengan penipuan tersebut. Sekian, terima kasih,” tulisnya lagi.

Atiqah Johari