Categories: Trending

Enggan Terlalu Tayang Kebahagiaan Bersama Bella Hanna, Redza Rosli Bimbang Orang Meluat- “Biar Kita Saja Yang Tahu”

“Biarlah kebahagiaan itu, kita simpan sendiri dan biar kita saja yang tahu,” demikian kelakon Redza Rosli enggan menayang momen kebahagiaan bersama isteri, Bella Hanna di media sosial.

Memetik laporan OhBulan!, Redza menyatakan dia kurang selesa dan bimbang orang ramai akan berasa rimas sekiranya terlalu berlebihan berkongsi mengenai hal rumah tangga.

“Kalau kongsi, bimbang orang akan meluat. Bagi saya, kebahagiaan itu tidak perlu ditunjuk secara berlebihan. Sebab perkahwinan memang kita hebahkan sebab perkara yang baik.

“Tapi untuk saya, kalau benda yang tak perlu ditunjuk, saya simpan sahaja.

”Sebab akhirnya kalau ada masalah kita hadapi sama-sama, bukan orang lain selesaikan. Kita berdua sebagai suami isteri yang akan selesaikan,” katanya.

Ditanyakan mengenai karier lakonannya selepas berkahwin, Redza memaklumkan dia lebih selesa menjaga batas dan mengelak babak yang tidak bersesuaian.

“Alhamdulillah, isteri saya menerima segala kekurangan saya dan memahami kerja saya. Tapi pada pihak saya sendiri, yang kena tahu batas antara pelakon gandingan, tidak berlebihan, sama macam sebelum ini.

“Sebelum saya bernikah ini pun, sama juga. Mana babak yang perlu, saya elak. Sebab penonton kita pun kebanyakkannya beragama Islam. Takkan kita nak buat perkara tak elok, sebab kita pun tak macam itu.

“Dalam shooting, kita yang buat skrip bukan skrip buat kita, kita yang membuatkan situasi itu kan. Kita yang kawal, mana tak bersesuaian kita bincang dengan pengarah dan pelakon lain.

“Kalau rasa tak perlu buat, kita tak payah la buat. Kalau benda itu harus dibuat, kita pilih la kalau boleh elak, elak selagi boleh,” jelasnya.

Sekadar info, Redza dan Bella telah berkahwin pada Jumaat lalu.

Sumber: OhBulan!

Fatin Nurain