Kisah Viral By: Khairil Khusyairi June 11, 2024 @ 12:30pm

Selepas Seorang Remaja, Kini Kanak-Kanak 2 Tahun Pula Maut Akibat Keracunan Makanan Disediakan Program Sekolah 

Seorang budak perempuan berusia dua tahun dan remaja 17 tahun maut, dipercayai akibat keracunan makanan yang disediakan di sebuah sekolah di Gombak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.

“Mangsa pertama berusia 17 tahun memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya daripada satu program di sebuah sekolah di sini. Mangsa serta ibu dan bapanya mengalami cirit birit selepas memakan makanan itu kelmarin.

“Jam 1.30 petang semalam mangsa mula tidak sedarkan diri lalu bapanya menghubungi talian kecemasan MERS 999 dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, mangsa kedua adalah anak kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah berkenaan.

“Jam 10.45 semalam, mangsa mengalami demam, muntah-muntah dan cirit birit lalu dibawa ke Hospital Selayang oleh ibunya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang bagi tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, siasatan setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Khalpna Rajandhiran di talian 01250118901, atau Ketua Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad 0142389151.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja maut selepas dipercayai memakan tiga biji telur yang dibawa pulang oleh ibunya daripada satu program di sekolah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.

Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program amal islami sebagai tuan rumah.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Mar 2024

Kongsi Video Di IG, Aliff Aziz & Ruhainies Tunai Umrah Bersama?

Alhamdulillah, rezeki tunai umrah di bulan Ramadan😎

Hiburan Wed, 3 Apr 2024
Trending Sat, 2 Dec 2017

Tuah Miliki Setem Tanpa Harga,Dijual Pada Harga RM5 Juta

Siapa sangka dengan miliki hobi mengumpul setem, seorang lelaki bakal bergelar jutawan dengan hanya sekeping setem yang mampu mencecah dengan harga RM5 juta, Menurut Syahril A Kadir di laman Facebooknya, pada 3 Jun 1967, pemilik […]

Featured Thu, 18 Aug 2022
Trending Tue, 18 Sep 2018

Beli Ubat Hormon Mencecah RM 1 Juta, Rosmah Bakal Hadapi 20 Pertuduhan

RM 1 juta untuk produk keremajaan kulit Datin Rosmah Mansor!

Events Thu, 26 Dec 2019
LIFESTYLE Mon, 29 Apr 2019
Featured Sun, 11 Apr 2021

65 Bazar Ramadan Akan Beroperasi Di KL

Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut bulan Ramadan yang penuh barakah. Ramadan tahun ini pasti berbeza dengan tahun lalu, kali ini kemeriahan Bazaar Ramadan kembali dapat dirasai oleh semua umat Islam. Dewan […]

Featured Mon, 27 Mar 2023

[VIDEO] Nabila Huda Usik Keisha Pertama Kali Sertai Sekolah Kerajaan, Ramai Titip Kata Semangat! – “Baru Awak Tahu, Seronokkan Berapa Tahun Private”

Big girl dah Keisha 😢 All the best si cantikk! ❤️ Sekejap je tu lama lama dapat sesuaikan diri ok! 💪🏻