Events By: Salma Syahbuddin July 1, 2024 @ 3:17pm

Status Majlis Bandaraya Petaling Jaya Dinaik Taraf, Terima Anugerah Bandar Paling Bahagia 2024

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinaik taraf statusnya daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya baru-baru ini.

Menelusuri garis masa selama 18 tahun, Petaling Jaya telah mengalami pembangunan dan perubahan pesat seiring dengan perkembangan teknologi.

Dan, pada tahun ini tema ‘Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia’ diangkat sempena sambutan ulang tahun bandaraya Petaling Jaya Ke-18.

 

Folklore Festival 2025

Untuk makluman, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia 2024 sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia (Happiness Index) Peringkat Kebangsaan yang bertemakan “Bahagia Bersama Malaysia MADANI”. MBPJ komited dalam mempertingkatkan usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berusaha mencetuskan dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan warga bandar raya Petaling Jaya.

Oleh itu, bagi menghargai warga Petaling Jaya dan sempena sambutan ulang tahun bandaraya, sebanyak 37 aktiviti dan program dilaksanakan sepanjang bulan Jun 2024 bagi mengeratkan hubungan di antara MBPJ dengan warga Petaling Jaya.

Selain itu, objektif perlaksanan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan penyertaan dari semua peringkat komuniti.

Selaras dengan matlamat tersebut, pembangunan mampan untuk satu tempoh jangka masa panjang disediakan MBPJ iaitu “Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdaya tahan 2030 (Petaling Jaya Smart, Sustainable & Resilient 2030 – PJSSR)”.

Petaling Jaya juga dirancang menjadi sebuah bandaraya “A next generation city” yang inklusif, terhubung, kolaboratif, berekologi, sihat, dinamik, berteknologi digital dan menjadi bandar raya berdaya tahan yang berkebolehan menguruskan kemampanannya bagi mendepani gangguan dan kejutan terhadap alam sekitar, komuniti dan ekonomi.

Terdahulu, majlis sambutan ulang tahun ini juga turut diserikan dengan persembahan hebat artis tanah air seperti, Black Hanifah, Santesh, Fahimi Rahmat, Aisha Retno dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Nov 2020
Featured Thu, 23 Jun 2022
FESYEN Mon, 17 Jun 2019
Hiburan Fri, 29 Dec 2017

BEST SANGATKAH SAMPAI CECAH 1.2 JUTA VIEWERS? – HAQIEM RUSLI

Muzik ala-ala Justin Bieber ini turut mendapat pujian rata-rata peminatnya dan sudah tentu mereka yang baru sahaja mendengar lagu ini