Trending By: SGMS Enal November 25, 2018 @ 2:43pm

Lelaki Maut Kemalangan 405.6KM Lembah Beringin – Tanjung Malim

Seorang lelaki maut, enam lagi individu termasuk tiga wanita parah dalam kemalangan membabitkan konvoi motosikal yang dirempuh sebuah lori di Kilometer 405 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Hulu Selangor, hari ini

Kemalangan KM 405.6 arah Utara (Lembah Beringin – Tanjung Malim). Lorong kiri & lorong kanan terhalang. Hanya lorong tengah sahaja boleh dilalui.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 10.33 pagi tadi.

“Seramai 13 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bahru dan BBP Tanjung Malim dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Difahamkan ketika kejadian, beberapa motosikal yang menyertai konvoi berkenaan terjatuh di lorong kecemasan sebelum sebuah Proton Exora berhenti untuk membantu mangsa.

“Bagaimanapun, sebuah lori yang datang dari arah sama merempuh motosikal dan kereta berkenaan mengakibatkan seorang daripada mereka maut, manakala enam lagi parah,” katanya

Katanya, mereka yang cedera dibawa ke Hospital Tanjung Malim dan Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Oct 2022

[VIDEO] “Muncung Sikit Lah…” – Siti Nurhaliza Dedah Cara Merajuk Dengan Suami

Biasalah kan perempuan, merajuk sikit tu perkara biasa

Hiburan Thu, 20 Jul 2023
Trending Mon, 12 Nov 2018

Pramugari Redakan Tangisan Bayi Dengan Memberikan Susu Badannya. Baiknya Dia!

Seorang bayi kehabisan susu formula, akhirnya tidur lena selepas Patrisha memberikan susu badannya.

Trending Sun, 19 Jan 2020
Selebriti Wed, 1 Nov 2023