PM Maklum Malaysia, Turkiye Bersatu Tingkatkan Bantuan Kemanusiaan Terutamanya Di P*lestin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Malaysia bersepakat dengan Turkiye untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan terutamanya di Gaza, Palestin.

Memetik laporan Harian Metro, Anwar berkongsi perkara tersebut menerusi laman Facebook dengan menyatakan perbincangan bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam perbualan telefon mereka.

“Presiden Erdogan turut berkongsikan pengalamannya dalam menyatakan kebimbangan serta protes kepada pembunuhan beramai-ramai di Gaza pada Sidang Kemuncak G7 di Itali yang dihadiri beliau baru-baru ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengulangi komitmen bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan dan pelaburan di antara Malaysia dan Turkiye.

Malah, beliau juga mengulangi jemputan kepada Erdogan untuk melawat Malaysia pada Julai atau Ogos tahun ini.

Oleh itu, Anwar turut menjaminkan bahawa lawatan tersebut akan membawa makna lebih mendalam susulan seiring dengan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkiye yang terjalin sejak 17 Jun 1964 serta Perkongsian Strategik 10 Tahun antara kedua-dua negara.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari