Trending By: SGMS Enal December 20, 2019 @ 10:43am

Syarikat E-Hailing Gantung Akaun Pemandu Biadap

Syarikat perkhidmatan e-hailing MyCar, mengambil tindakan tegas terhadap seorang pemandunya yang didakwa bersikap kurang sopan terhadap penumpangnya, sebagaimana yang tular di media sosial pada Selasa lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Noah Maideen berkata akaun pemandu tersebut telah digantung atas kesalahan serius, setelah pihaknya menghubungi pemandu dan penumpang terbabit, bagi mendapatkan keterangan jelas mengenai isu tular tersebut.

“Hasil perbincangan tersebut, isu itu telah berjaya diselesaikan secara baik dan akaun MyCar pemandu itu telah digantung.

“Pihak penumpang juga telah mengeluarkan kenyataan dan ciapan bahawa isu itu telah diselesaikan secara berhemah oleh pihak MyCar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh penumpang berkenaan.

Pada Selasa lepas, sebuah portal tempatan melaporkan seorang penumpang wanita mendakwa seorang pemandu MyCar bersikap biadap, dan tidak menunjukkan layanan sepatutnya kepada pelanggan menerusi ciapannya di Twitter.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 May 2024
Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Featured Fri, 10 Sep 2021
Hiburan Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Featured Sat, 7 Jan 2023

Kongsi Tip Nikah Dua, Nurul Zahid Akui Nikmat Perkahwinan Poligami

Sering memberi kenyataan mengenai keindahan berpoligami, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sekali lagi menjadi perhatian warganet setelah memuat naik satu hantaran di laman TikTok. @dnznurulCaption di IG sy – @nurul.zahid Kepada lelaki, jangan berselindung disebalik Sunnah […]

Featured Wed, 17 Mar 2021
Trending Sat, 7 Jul 2018

Penyelamat Thai Mati Lemas Selepas Selesai Hantar Bantuan

Kematian Samarn membayangkan proses membawa keluar remaja dan jurulatih mereka itu berkemungkinan agak sukar memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman menyelam, jika mereka diperlukan untuk berenang keluar daripada gua berkenaan.