Categories: Trending

Syukur Masih Terima Undangan Buat Persembahan, Izam EYE Bertahan Demi Keluarga – “Selagi Saya Berdaya…”

Syukur Masih Terima Undangan Buat Persembahan, Izam EYE Bertahan Demi Keluarga – “Selagi Saya Berdaya…”

Vokalis kumpulan EYE, Izam meluahkan rasa bersyukur kerana masih menerima tawaran dan undangan untuk membuat persembahan meskipun berdepan dengan masalah kesihatan.

Sebelum ini, Izam telah diserang penyakin angin ahmar sehingga menjejaskan pergerakannya, pada tahun 2019.

Menurut Izam, dia turut menerima bayaran yang setimpal mengikut ‘rate’ semasanya.

“Alhamdulillah ada masanya dalam seminggu boleh dapat empat ke lima tawaran persembahan dan kebiasaannya rate saya tiga lagu dalam RM5,000 ke RM6,000.

“Penganjur masih mengikut rate diberikan dan kalau tiada persembahan biasanya saya hanya berehat di rumah,” katanya.

Enggan menjadikan penyakit sebagai alasan untuk tidak bekerja, Izam menyatakan dia mahu menggunakan kudratnya selagi mampu untuk menyara keluarganya.

“Ini cara saya tanggung keluarga. Saya ada dua isteri, tujuh orang anak… Dua buah rumah perlu dibayar setiap bulan.

“Tanggungan saya besar, takkan saya nak harap sumbangan orang sahaja. Masa saya sakit hari tu takpalah. Sekarang saya dah boleh bergerak.

“Selagi saya berdaya, saya boleh bergerak dan menyanyi walaupun tidak berkemampuan seperti dulu. Tapi bolehlah sekadar untuk saya mencari rezeki,” jelasnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Izam ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin KPJ Healthcare & mStar Baek yang diadakan di Menara KPJ, semalam.

Untuk makluman, Izam telah menjadi antara lapan penerima sumbangan program terbitan portal mStar iaitu mStar Baek musim kedua.

Selain Izam, Isma Aliff, Allahyarham Jaafar Onn, Dwan Olan, Iqbal Mazlan, Pak Engku (bapa Along Spoon) dan Norazlina Zakaria.

Kesemua penerima menerima wang tunai RM3,000 selain kad rawatan perubatan bagi membolehkan mereka dan seisi keluarga mendapat pemeriksaan kesihatan percuma di Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) yang disediakan pihak KPJ Healthcare selama setahun.

Fatin Nurain